Tuesday, 4 September 2007

Warkah Terakhir Dari Laut


Dear Diary,
Hari ini sekeping surat dari lautan luas mengugat damai di jiwa.
*****
Ciudad de Rosario
Santa Fe,
Argentine
11 Sept 1997

Assalamualaikum.
Buat Tuan Puteri yang diingati sentiasa. Untuk pengetahuan puteri kini saya berada di Paranogua Brazil.

Terus terang,di dalam pelayaran ini jelingan dan tawa puteri sering mengganggu lena saya. Cinta adalah satu perasaan yang sukar difahami, sukar untuk dimengerti dan sukar untuk dipisahkan dari naluri.

Nostalgia cinta berdarah
Tertulis sebuah penderitaan
Terpalit kedukaan
Terukir kepahitan
Terguris perasaan
Bersemadi kaku di ingatan
Berkubur di lubuk kesedihan
Sesungguhnya cinta memerlukan pengorbanan

Ini merupakan surat terakhir saya buat puteri...kerana puteri akan membina kehidupan yang baru yang tiada kaitan nya dengan saya. Rasanya telah sampai masanya untuk saya juga membina hidup saya dengan haluan saya sendiri.

Maafkan saya sekali lagi kerana mengganggu puteri.
Wasalam dan jaga diri puteri baik baik

Seaman B

No comments:

Post a Comment