Thursday, 24 July 2008

Summer di Strasbourg



Strasbourg, France
20 August 1996

Dear Diary,

Hari ni dapat surat dari Azam. Ada juga orang rindu rupanya.
Tebal juga dia tulis. Mesti banyak dia nak cerita sebab kawan tempat dia curahkan tensyen dia dah balik Malaysia.

Antara isi surat Azam :
Thanx for the aerogramme. Tak tau le bila benda tu tiba sebab Azam tak duduk kat Strasbourg musim panas ni. Ahad lepas, 17 Ogos, baru balik semula ke Strasbourg.

Time tu le pergi ke 'loge' (concierge) untuk tengok ada surat tak untuk Azam. Merci beaucoup for the letter. Sebenarnya nak complaint juga le sebab memang lambat bebenar awak ni jawab surat kali ni..tapi tak jadi nak marah sebab sekurang kurangnya tu l'as fait quand meme. :)

Azam kat Strasbourg ni macam biasa lah. Sihat walafiat.
Well, since June ni, kerja asyik makan je. Biasa le cuti dan lepak lepak kat rumah orang. Asal nampak muka je, orang ajak makan.

Balik Starsbourg ni, bila timbang, tengok dah 60kg! Masa duduk kat 'Cite Universite' dulu baru 55kg je. 5kg naik kira banyak tu. Harapnya boleh le kuruskan badan kat Malaysia nanti.

Awak pulak apa khabar? Et Dee, cava comme toujours?

Banyak sangat benda yang nak cerita kat awak.
Pasal Strasbourg, Besancon, percutian kat London, lepak2 kat Dunkerque, Paris, Calais dan lain lain. Really..tak tau ndak start dengan apa.

Oo dah pukul 12 tgh hari dah, so saya break lah dulu ye untuk pergi lunch. Tau hari ni lunch kat mana? Kat mana lagi kalau bukan kat restaurant "Chez Adlie". hehehe. Ok lah. Karang saya sambung balik. Tapi yang sure, surat ni akan ambil masa yang lama untuk siap. Maklumlah, periksa dah habis dan saya dah lulus dah, boleh lah kerja tak lama lagi. Sekarang, tengah sibuk packing barang untuk hantar dengan kontena balik ke Malaysia.

P/S : Awak dah tengok MIB (Man in Black)? Ni kalau duduk Malaysia tak tengok lagi, memanglah. It's not bad as a comedy movie. Bolehlah. Ingat nak tengok Mr Bean, tapi belum keluar lagi.

Lost World pun keluar bulan October nanti. Biasa lah kat sini, movie semua (kalau bukan made in France) lembab nak keluar. Paling best saat kat Nancy kan. Beli tiket wayang secara langganan. Dapat le discount , tambah2 lagi student.

Puas tengok wayang (version French le). Paling tak dapat lupa, gi tengok cerita kartun ngan awak hehehe. Semua budak budak kecik aje kat dalam tu except a few parents dan kita dua orang.

Kalau awak tak paksa suruh temankan, sumpah tak pergi punya. Tengok ngan budak2 kecik, bising dia teramatlah sangat. Bila part sedih, siap ada bebudak yang nangis sekali. Ehem.. I did not say that you were one of them.. hehehe.

Ok, I am stopping now. Rindu juga awak tak de kat sini. Tak de member nak bual dan nak ajak buat benda2 pelik. Pergi kedai dobi pun sorang je. Kesian kan.
Sigh

No comments:

Post a Comment