Illkirch Graffenstaden
02 Jan 1996
Dear Diary,
Akhir akhir ni asyik demam dan selsema. Hmm..nampaknya kena juga ambil vitamin tambahan. Antibodi dah semakin kurang dan exam makin dekat. :) Tak boleh jadi kan kalau asyik nak mc aje.
Azam kata cuaca kat Malaysia sekarang ni tak menentu. Hujan selalu. Kat sini pun apa kurangnya. Hujan beserta dengan angin kuat..terasa sampai ke tulang. Ada certain hari, kabus pun ada. Nak bangun pagi, memang perlukan semangat yang kuat. Tentang mandi tu, nasib baik ada air panas.
Setakat ni, mengikut kajian cuaca bandar Strasbourg ialah bandar yang paling sejuk sekali kat France (suhu lebih kurang -2 darjah Celcius). Brr..macam dalam peti ais aje. Ikutkan hati, malas aje nak jalan jalan kat luar. Jenguk ke luar tingkap, tengok langit kelabu, rasa macam lebih baik naik balik atas katil, tarik selimut. hehehe..
Oh ya. Dengar cerita Kelantan dan Trengganu banjir teruk. Sigh..macam mana agaknya dia orang kat sana kan. Lebih lebih lagi bila terfikir tentang mereka yang mencari rezeki bergantung pada hasil laut. Sekarang, ombak tentu sedang menggila. Semoga mereka selamat dan tiada yang hilang di laut.
Dengar cerita, kakak Ita dah selamat melahirkan. Happy nya Ita tentunya. Dah berapa orang anak saudara dia agaknya. Nampak gaya raya tahun ni, terpaksalah Ita revised semula budget duit raya dia. Saya? Sorang anak saudara pun tak ada. Orang dok bagi lagi duit raya tu adalah.
Semalam, prof umumkan yang mereka yang beragama Islam dibenarkan bercuti seminggu sempena raya tahun ni. Kiranya hari ni hari terakhir pergi ke kelas. Cuti kali ni, budak budak lain semua plan nak datang ke Strasbourg. Ramai juga yang nak datang. Nampak gaya jadi macam perkampungan Melayu kat sini buat seketika. Dan seperti biasa, disebabkan saya seorang saja pelajar perempuan Melayu kat Starbourg, kontrak memasak awal awal lagi dah diserahkan sebulat suara kat saya. Ceh.
Semua mengelat. Entah bila le diarorang vote tu.
Barang barang untuk memasak diaorang pergi beli. So, kira oklah tu kan. Lagipun, boleh le diaorang jadi bahan eksperimen untuk rasa masakan hana :p. Nilah time nya nak try resepi resepi yang ada. Seronok juga sekali sekala masak kan untuk orang lain. Kalau tak, sendiri masak, sendiri aje makan. Tak menarik kan..selera pun tak ada sangat. Seronok bila fikir dapat jumpa kawan kawan yang lain, ada juga tempat untuk bermanja seketika.
Sigh.. kadang kadang sendirian ni adakala tak menarik langsung..
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Thursday, 3 December 2009
Sunyi Di Sini
Labels:
* Hari Kelabu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment