Wednesday, 29 December 2010

Kawan


Sedang sibuk mengemas buku di rak, sekeping nota tiba tiba terjatuh dari dari salah sebuah buku. Hmm.. nota dari zaman silam, warna nya juga sudah berubah dari putih ke kekuningan.

Samura 1987

Hana,
Aku dapat terima kau tak mahu duduk di baris belakang seandainya kau ada alasan yang kukuh.
Aku tahulah duduk kat belakang ni selalu kena 'mark' dengan cikgu. Aku tahu kau tu budak baik. Tentu kau rasa yang kau tak patut duduk dengan aku kat belakang ni.

Bila aku tanya, kau bagi alasan yang kau nak study agama. Kat mana logiknya?
Agaknya kau hanya boleh baca buku agama bila duduk kat depan aje ke? Kat belakang ni, kalau baca agaknya tak boleh masuk kat otak?

Aku dok fikir dan fikir..Aku still tak faham kenapa tiba tiba aje kau tak nak duduk kat belakang. Tiap kali bila aku tanya reason, kau jawab ada kerja lah, ada hal lah. Apa kat belakang ni kau tak boleh buat hal kau ke?

Cakap ajelah sebab yang kau berikan malam tadi tu saja main main. Kalau tak sudi, kata saja lah tak sudi. Jangan berdolak dalik.

Dari: Aku
************************************

Terlalu lama masa berlalu. Sigh.. dan terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Ada kala bukan niat menyakitkan hati sesiapa. Cuma .. mungkin ego seorang perempuan bernama Hana. Lebih rela tidak menjawab dari menyatakan hal sebenar.

Maafkan lah dia. Sebab yang sebenar tak ada kena mengena langsung dengan malu atau tak mahu berkawan. Sebenarnya, dia tu tak nampak tulisan di papan hitam dari jarak jauh.

Rabun dan degil. :) Tak mahu pakai cermin mata.
Bukan sekali kali tak sudi duduk belakang.. tapi mulut tak terbuka untuk jelaskan sebab yang sebenar. Semuanya kerana satu alasan : nanti tak habis habis kena usik..

Maafkan lah pemikiran seorang budak yang dunianya amat kecil..

No comments:

Post a Comment