Strasbourg
20 Sept 1995
Dear Diary,
Hari ni saya pulang semula ke bilik sewa dan mula mengemas sikit demi sikit barang barang untuk berpindah ke rumah baru. Berselerak..buku di atas katil, buku di bawah katil, di tepi pintu dan di atas meja. Banyak juga barang yang nak dibuang. Azam ada datang tolong sekali tadi. Katanya jika tak ditolong, setahun pun saya tak akan siap mengemas.
Bayangkan lah buku buku saja dah penuh 5 kotak besar. Last last terpaksa tinggalkan 1 kotak sebab dah tak ada ruang. Terasa sayang..tapi tak ada pilihan lain. Entahlah..adakala saya rasa biar tak makan seminggu pun tak apa, selagi ada buku ditangan. Azam tahun ni: Tak mahu beli buku lagi. Tak ada ruang. Nak cuba keraskan hati dan tak mahu menoleh atau berhenti bila lalu sebelah kedai buku. Malaysia boleh!
Oh ya. Hari ni ikut Azam dan Nizam pergi shopping. Biasalah time biasiswa masuk, reramai pergi shopping beli barangan rumah. Azam kata dia nak cari baju. Nasib baiklah Azam tak selalu ajak temankan dia cari baju. Lepas satu satu dia cuba. Tengok tengok dah 2 jam kat kedai tu. Nasib baiklah ada bawak buku cerita.
Sekarang ni dah start sejuk memanjang. Baru musim luruh tapi anginnya menggigit hingga ke tulang. Hujan turun tak mengira waktu. Susah nak diramal. Suhu lebih kurang 16 darjah celcius. Yang buat happy ialah bila tengok pokok pokok dengan dedaun yang telah bertukar warna dari hijau ke jingga kemerah merahan.
Fungsi matahari ialah sebagai pemberi cahaya saja. Dari segi haba, tak terasa langsung. Majoriti pakai spek hitam bila keluar rumah. Malam ni makan di rumah Azam. Dulu mereka bertiga , tapi lepas senior kami dah tamat pengajian dan pulang ke Malaysia, tinggallah Azam dan Adi. Beli barang barang dapur dan giir gilir memasak. Azam tengah masak. Masak apa? :p Ikan bakar dan telur goreng.
Air? Ooo special malam ni: air kelapa muda (minuman dalam tin aje..kami beli dari kedai Vietnam di hujung bandar.)Terasa kesegaran 'tin' tu. :) Entah stok musim bila agaknya tu. Sebenarnya milo pun ada dijual di Strasbourg tapi rasanya pelik. Dibuat mengikut citarasa orang orang Eropah : Dark chocolate yang berperisa pahit dan kurang manis. Saya dah jadi peminat teh sekarang ni. Tak kiralah perisa apa : Strawberry, lemon, vanilla. Enak berbanding dengan milo version mat salleh.
Sunyi terasa malam ni. Memandang ke langit.. terasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. Ada sesuatu yang kurang. Bulan, beritahu lah saya..apa yang mengganggu fikiran kala ini. Mengapa hati tidak lagi setenang dan setabah dulu?
Temanilah saya hingga lena ye bulan.. Perjalanan ni masih jauh. Mungkin adakalanya semakin hidup mencabar, semakin banyak ketika dimana fikiran tidak berfikir dengan betul. Realiti kehidupan memang meyakitkan tapi...sesakit mana pun, ia membuat kita jadi dewasa.
Selamat malam bulan..
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Monday, 26 July 2010
Meniti Alam Dewasa
Labels:
* Hari Pelangi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment