Dear Diary,
Sepucuk surat yang telah bertukar warna kekuningan mendatangkan senyum di bibir. Kadang kadang terasa pelik juga bila fikirkan betapa senangnya untuk berbual dengan teman teman sekelas yang berlainan jantina selepas zaman persekolahan tamat. Ada yang tak pernah berbual dahulu, kini sering bertukar cerita.
Mungkin ini sebahagian dari proses menjadi dewasa..?
******
Batu Pahat, Johor,
Nov 1991
Assalamualaikum.
Kabare awak? Alhamdulillah, nampaknya kita sama sama sihat hendaknya.
Mula mula sekali aku nak mintak maaf sebab surat awak tempoh hari tak dapat dibalas dari D7 tapi dari Kampung atuk di Batu Pahat. Surat awak sampai betul betul pada hari terakhir aku di ITM. Lepas periksa, kita orang terus balik. Tak sempat apa apa pun.
Awak nak tahu pasal AD?
AD sebenarnya ialah kursus kesenian yang menawarkan pelbagai bidang kerjaya. Terdapat 10 jabatan termasuk seni halus, seni logam, grafik, fesyen, tekstil, photo, industrial design, tembikar dan muzik. Tahun satu dia orang ajar basic saja. Buat line, texture, kesan bayang, sculture dan sebagainya.
Ada 9 subject semua sekali. 3D, 2D, drawing dan lain lain subject kecik macam Agama Islam, Dialog Seni Tampak, SOC, DSB, dan English. Add Maths, Geog, Sejarah, Akaun dan yang sekutu dengannya tu tak usik pun.
Kalau soalan dia macam waktu SPM dulu : 2x+30 = 4c atau soalan Mongkut mati tahun berapa, memang berpusing le kepala nak jawab. Tapi soalan dia senang, Kalau setakat 1+1 = ? , senafas je pun boleh jawab. Semester ke tiga nanti barulah decide dan masuk department yang kita nak. Tapi yang tak best boleh pilih satu aje. Setakat ni aku masih tak tau lagi nak pilih apa. Tengah dok prepare lah ni gamaknya.
Pergi kelas sama je lah macam awak. Cuma pergi balik beza hanya 3 km aje (tak campur panjat, daki, turun, daki bukit lagi. Kalau campur semua, sure berdaki juga lah. Eh bukan 'Darkie' tapi 'Darlie' le. :D
Apa lagi nak cerita ye. AD selama 8 semester, bila grad dapat diploma setaraf dengan ijazah am. Itu pasal aku kalau ada rezeki, umur panjang, kalau tak de aral, walau besar , gagah manapun laku juga. Insyaallah. Semoga Allah lanjutkan usia kita semua.
Aku pun ada hati juga nak tanya awak duduk kat Subang tu macammana? Makan ok ke? Asrama macam mana? Budak budak sebilik ngam ke?
Walau macam manapun, jangan bayangkan yang buruk buruk bila kita belajar. Barulah datang confident. Jangan ditendang, di cuitpun jauh sekali. Tampar aje dia balik dah le. Struggle le gila gila sebab aku yakin sangat awak boleh berdebate dengan mat mat dan minah minah French dalam apa bab sekalipun. Wa Caya Lu!
Insyaallah, nanti kalau jumpa, mesti tegur punya. Jangan dok gaduh. Mana boleh lupa kat awak yang lain dari yang lain. Mana ada manusia yang 100% sama. Ye tak? Dalam sebulan ni kalau nak hantar surat, hantarlah ke rumah. Aku sedia menanti. Ok, maaf yang tershashul dan tershilap. Bye!
Dengar lagu ni, mesti ingat Pari Pari dalam sketch play form 5 dulu :)
Wherever you go..
Whatever you do..
Aku,
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Monday, 5 August 1991
Di Persimpangan Jalan
Labels:
* Hari Semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment