A419 Kolej 5
Universiti Malaya
59100 Kuala Lumpur
Assalamualaikum. Menemui sahabat yang sentiasa diingati. Semoga sentiasa sihat hendaknya.
Bagi Hai kat sini biasalah, cuma kulit terasa semakin hitam sebab setiap hari kena berjemur. Hmm..kalau macam ni selalu, mesti Hana tak kenal bila jumpa.
Oh ya. Terima kasih bebanyak sebab sudi tulis surat kat Hai. Senang hati Hai.
Mula mula Hai ingat hana dah lupa dah kat Hai. Lagipun Hana tentu 'hot' sikit sebab Hai tak de kat sini masa Hana datang kat UM hari tu. Maaflah sebab hari tu Hai pergi tempat Along.
Macam tu lah selalunya apa yang Hai buat bila terasa rindu kat kampung.
Sedih sangat bila dengar dia orang cerita lama hana tunggu Hai. Ramai juga yang kata adik Hai datang. Lagilah Hai terkejut. Tanya punya tanya dan siasat sana sini Hai sure sesangat bukan adik Hai yang datang tapi hana.
Hana nak datang minggu ni, ye? Bestnya. Datanglah. Kalau tak ada apa apa, Hai tunggu hana kat tempat duduk yang kita jumpa dulu (kat Lobby). Kalau hana sampai lebih dari pukul 3.15pm, terus je lah naik ke bilik Hai. Hana dah tau kan?
Apasal hana tak nak Hai bagitau kat Z2 yang hana nak datang? Hana gaduh dengan dia ke? Jangan lah macam tu. Ke hana nak surprise kan dia? Lantaklah hana tapi hai sure mesti ada something kan..
Macammana study hana sekarang ni? Ala..hana terror. Apa susah. Hai ni periksa yang baru lepas pun cuma dapat 1A 4B aje. Sedih tau. Hai rasa Hai yang salah. Sebelum exam tu Hai balik rumah. Cuti pertengahan semester. Bila dah balik tu, pepaham lah. Susah nak study. Hai target orang lain pun macam tu tapi..rupa rupanya semua orang dah ready. Padan muka Hai. Hana kalau ada exam, ingat tau. Jangan buat macam Hai.
Oh ya. Hassan tau yang hana nak datang. Kalau dia free, nanti dia jumpalah dengan hana. Faizul kat sini tak tegur orang sangat. Kecik hati bila tengok cara dia sekarang.
Kalau hana nak tau, kawan kawan hai now ni semua happy go lucky. Tak serious sangat macam kawan kawan usrah kat sekolah dulu. Tapi ni tak bermakna yang Hai dah ubah cara hidup hai yang dulu. Agama tetap utama. Betulkan hana..
Oklah, Hai stop kat sini dulu. Kalau cerita pepanjang nanti tak ada cerita pulak waktu hana datang hari Ahad ni. Nanti kalau sempat, Hai belanja hana makan. Kalau nak ke kolej 2 pun Hai boleh hantarkan. Kita boleh jalan ambil angin petang dan hai boleh tunjukkan hana UM ni.
Bye hana. I'll be right here waiting for you. Room mates Hai semua kirim salam kat Hana.
Take care,
Hai
" If you have grown, if you have contributed, if you have loved, if you have been loved - then you have lived."
Written in 2008 by M. Burkill -
No comments:
Post a Comment