Friday, 5 February 2010

Setelah Tamat Belajar

Johor Bahru
28 Mac 1991

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Hana

Hana tau.. Hana adalah orang pertama yang saya dapat kad darinya tahun ni. Terima kasih sebab sudi hantar kad pada kami. AD mintak maaf sebab lama tak hantar apa apa berita. Maklumlah orang orang sains ni memang malas menulis.

Classmate kita ramai yang AD jumpa sebab ramai yang kerja kat JB, termasuk Kerang dan Hasrin. Tapi kalau yang perempuan, sorang pun tak nampak bayang. Apa yang AD ada dengar dengar, ramai budak budak batch kita pilih bidang perakaunan.

AD? AD punya tentu hana tahu kan. 100% memang Bidang Perakaunan. Tapi tempat belajar, pilihan AD memang UUM (AD target belajar dalam Malaysia ni aje). Siapa lagi nak penuhkan universiti kita kalau semua nak ke luar negara.

Yang paling utama, sempena raya ni AD nak mintak maaf:
* Kalau selama ini gurauan AD melampaui batas
* Perbuatan AD ada yang tidak hana gemari

Kalau ada masa, jemputlah datang ke rumah.

Salam,
AD

"I find that a man is as old as his work. If his work keeps him from moving forward, he will look forward with the work."
William Ernest Hocking

No comments:

Post a Comment