Friday, 22 October 2010

Kad Raya

Kalau ditanya apa yang saya suka tentang bulan puasa sewaktu saya kecil, dengan segera saya akan
katakan : Kad raya.

Kenapa?
Yang pertama sebab nak lawan dengan abang. Lihat siapa dapat kad raya lagi banyak.
Bukan idea saya. Tapi abang le yang mula kan. Abang saya memang macam Mc Gyver, ada saja idea dalam kepala dia lebih lebih lagi dalam bab nak menyakat saya.

Satu hari tu, dalam minggu pertama berpuasa, dia kata dia dah 'reserve' satu bahagian dinding rumah untuk gantung kad raya dia. Saya pun nak juga (biasalah, si adik kan suka meniru). Dia gelak kan saya. Saya paling tak suka bila orang gelakkan saya. Lantas, saya berazam tahun itu saya akan dapatkan lebih banyak kad saripada dia.

Waktu dulu, kad raya comel dan kecil. Rasanya sekeping RM 0.20. Selalu dia jual satu plastik tu ada le 5 keping (saiz macam duit RM 50 sekarang). Siap ada ucapan raya yang puitis di dalam: untuk cikgu, untuk sahabat, untuk kekanda, bonda dan rakan.

Gambar di atas kad pun cantik, tak terlampau banyak gambar kartun. Gambar yang paling selalu waktu tu ialah bunga ros, masjid dan kucing. Cat paling suka gambar kucing: comel sangat, ada yang seekor , ada yang dua ekor. Yang pasti: posing dia memang dengan mata bulat besar, muka sedih, dan bulu tebal.

Setiap kali bila ada kawan hantar/bagi kad raya, mesti ada di tulis pantun :
Pecah kaca pecah gelas, Dah baca harap balas.
Pecah kaca pecah tong, Sudah baca, sila gantung.

Waktu tu, pantun pantun sebegitu langsung tak pelik. Pantun 2 kerat memang senang nak dicipta dan rasanya kami hafal hingga ke hari ini.

Orang yang paling kedatangannya ditunggu tunggu tentunya abang posmen. Dengar saja bunyi loceng basikal abang posmen, semua berlari keluar. Dapat satu kad raya, heboh dia macam dapat hadiah. Gembira sangat.. siap tayang kat orang yang tak dapat. Budak budak memang nakal kan.

Sekarang, bila dah dewasa, kad raya semakin kurang yang dapat. Kalau ada pun, ianya dari syarikat syarikat yang ada urusan dengan hotel dan supplier. Semuanya atas hubungan professional dan sebab kerja. Gambar di atas kad: gambar masjid atau gambar syarikat dan ada tandatangan dan chop company sebagai ganti tulisan. Orang sekarang lebih senang hantar ucapan melalui sms.Laju dan pasti tiba dan ianya boleh dihantar pada saat saat akhir. Satu sms boleh di forward ke beratus orang. Tak akan ada lagi kes kad raya tiba lepas raya dah tamat.

*****************************
 Susah nak cari kad raya gambar kucing now ni..

No comments:

Post a Comment