
Kata Dia:' Jom, kita gi tengok cerita hindustan! Dah nak start dah'
Mula2 hana memang tak tengok cerita Hindustan langsung. Tak minat langsung nak tengok. Tapi, satu hari, Dia paksa temankan dia tengok cerita Hindustan kat bilik bacaan.
Dulu2 (masa form 1 ), bilik bacaan ni asalnya ialah bilik tetamu Asrama Puteri. Tapi fungsi dia sebagai bilik tetamu memang tak sesuai coz pelawat2 kekadang ada pelawat lelaki (ayah ke, abang ke, ehem..sepupu ke). Bilik tamu ni betul2 open dan menghadap ke dorm2 kami. Bagi yang pakai tudung, leceh le sebab nak gi membasuh/mandi pun kena pakai tudung lengkap. So bilik tamu ni diaorang divide to bilik bacaan bahagian depan, and bilik tv bahagian belakang.
Al kisah :), satu hari Sabtu ni semua orang heboh nak tgk cerita Hindustan. (Cerita Hindustan setiap hari Sabtu, jam 2 petang start). Hari Sabtu ialah hari santai. Time untuk buat aktiviti2 ringan (membasuh, mengemas dorm) dan melepak. Tak ingat dah cerita apa.. :) Tapi pukul 1.00 pm dah start aktiviti 'cop' tempat duduk, al maklumlah free seating. Benda yang mesti bawak: bantal :), biskut dan air. (tisu optional).
Mula2 pelik juga.. apalah best nya cerita Hindustan ni. Gaduh pun tipu je. Belum kena penumbuk dah jatuh, beguling2 pulak tu. :)
Mula 2 suasana bising juga.. especially bila hero dia muncul and bila ada yang mengelat nak menyelit kat depan. Tapi bila dah tengah2 cerita, bab sedih.. satu suara pun tak de.
Then start dengar bunyi sob..sob.. kotak tisu pun automatic berpasing2. Penghayatan total oleh semua penonton. :) hehehe.. Tu le bezanya tgk cerita sedih sesama perempuan. Kalau tengok dengan guys.. sure cerita sedih pun boleh jadi tak sedih. Ada je komen yang lucu.
And from that day, hana turut sama jadi ahli 'fan club' cerita hindustan.
**********************
Now ni dah tak tengok lagi dah. :) busy ngan kerja dan aktiviti2 lain.. :) hampir2 tak tgk pun tv.
No comments:
Post a Comment