Wednesday, 10 November 2010

April Fool


April Fool 1987: salah sorang dari pelajar puteri kelas ni, decide nak kenakan semua pelajar lelaki. Dia hantar mesej kat PA system, suruh semua pelajar kelas 2 Azam, pergi ke kelas selepas makan kerana ada perkara urgent. (ada lebih kurang 1 jam sblm waktu prep petang). Bila kita orang pergi kelas waktu prep biasa, tengok tempat pelajar2 perempuan bersepah. Paling terasa bila tgk meja kita sorang aje ada kat luar kelas dgn buku2 bersepah dan ada yg terkoyak. Biasalah, org yang di cop bersalah, dihukum tanpa dibicarakan (macam suasana kerja aje bunyinya kan). Bila orang yg plan kan April Fool tu mengaku kata dia buat, semua senyap. Hidup jalan macam biasa tapi hati dah tak de kat kelas.

Mula lah satu acara menyibukkan diri sbb dah tak nak ambik tahu hal kelas. Masuk apa2je persatuan yg tak ramai ahli dia :) , daftarkan diri untuk jadi pustakawan, masuk Puteri Islam, masuk kelab BI, melukis.. masuk pasukan hoki. Hoki? :) Jangan tak percaya.. hehehe betul. Kamisah, Jahara, Irene pun ada sekali.


Kelab Bahasa Inggeris paling seronok time ni sbb banyak aktiviti. Paling ingat time cari harta karun keliling kawasan dewan dan canteen. Mula2 beria ikut clue 2 dia. Satu group 3 orang. Tapi lepas tu main ngelat, jumpa clue orang lain, pun kita baca dan sorokkan tempat lain. :) Tak ingat siapa menang, tapi it was fun. Lepas tu, Irene & tuan punya cerita ni disuruh pergi pasar Muar untuk beli barang2 untuk jamuan tahunan. :) Duit bagi tapi senarai tak de. Manalah kitaorang tahu apa nak beli. Last2 pilih je lah benda 2 yang kita dua orang minat nak makan. hehehe. Nasib baik tak de orang complaint, so kiranya ok lah tu.


Masuk bahas sebab terpaksa. Sbb selalu tak de kat kelas, ada je orang yg suka2 letak nama untuk bahas. Tak suka sangat bab ni sebab nak kena fikir apa nak cakap, nak lawan balik hujah orang (time tu mana ada google kat sekolah). Peace not war :) So buat je lah. Kalah atau menang langsung tak penting (Penolong Ketua Tingkatan je yg marah sekali tu sbb dia kata tak serious tapi.. kita orang menang ;P lawan Pujangga time tu). Lawan kelas Ben, ingat Ben? :) Lepas tu entah apa2 je kuiz BM, kuiz BI, matematik (yg tak minat pun ada nama kat situ), ada je kena masuk. Sebagai tunjuk perasaan, tak ada nya nak ulangkaji untuk kuiz2 ni. Yang tau, bila tiba time , naik atas pentas dan cuba lah jawab
. :)

-hana Wednesday, April 22, 2009 at 8:41pm-

No comments:

Post a Comment