Wednesday, 17 November 2010

Kad Jemputan Kahwin



Form 2 (Tahun 1987)

Matapelajaran yang kadang kadang paling seronok dan kadang kadang paling membosankan ialah Bahasa Malaysia. Siapa kata BM senang.. nampak saja mudah, tapi bila tiba bab periksa, pening juga di buatnya.

a) Belajar buat kad jemputan kahwin :)

Mula mula cikgu akan buat lawak dengan menerangkan apa bezanya antara "Ya Qadzial Hajat" dan "Menunaikan Hajat" si tandas. Rasanya semua tingkatan dan setiap tahun jenaka yang sama pasti di ulang kan, kan, kan..

Setelah dengar penerangan dan cara skema susunan baris jntuk membuat  kad jemputan kahwin, cikgu suruh setiap murid untuk buat kad jemputan kahwin seorang satu.

Mata yang nak terlelap, terus terbuka besar. Ceh.. terus berikan 100% perhatian. Cikgu J pun tersenyum meleret. Mesti dalam hati, dia terfikir: 'Tiap tiap tahun, bab ni lah mata korang segar ye".

Syarat syarat nya: Semua orang dikehendaki membuat satu kad, dan gunakan nama sendiri (tak kisah lah sama ada sebagai pengantin atau ibubapa kepada pengantin.) Cikgu cuma nak tengok sama ada kami faham atau tidak gaya dan susunan ayat yang baru di ajar.

Tips 1: Cara paling selamat ialah ikut saja format yang cikgu dah bagi tadi. Ini bukan masa nya untuk tunjuk bakat.
Tips 2: Jangan fikir lama lama. Letakkan saja diri tu sebagai ibubapa pengantin. Gerenti selamat.
Tips 3: Kalau stuck kat bahagian nama pasangan, pilih je lah nama cikgu J. :) sure no komen. Well..time ni semua dok nak fikir nama siapa agaknya nak letak as pasangan. Ooo.. serious, macam PM tgh fikirkan masalah negara. Yang lurus dan berani: Letak straight forward nama orang yang dia minat. Lepas tu tersenyum senyum. Yang "tak terluah" kan lagi perasaan hati, dia startlah gabungkan nama dia dan nama org yang dia minat. hehehe Kreativiti terserlah sangat2. Susah woo..especially kalau org yang terlibat duduk dalam kelas yang sama. Yang nak tergelak, bila nama2 yang terhasil tu tak serupa nama melayu dah. :)

Siapa2 yang kenal cikgu J, mesti dah tau sifat dia macam mana. Dia suka bacakan kuat2 karangan atau hasil kerjatangan budak2 (iaitu kami) yang terbaik dan juga yang "unik" sebelum dia serahkan semula markah atau buku pada kitaorang. Woo.. ramai yang termalu ni. hehehe.. siaplah. Terdengarlah suara2 yang merayu kat cikgu supaya jangan baca. Lagilah cikgu J tersengih. Nak buat lagi seronok, dia tak sebut nama penulis awal2. Dia bacakan dulu dan lepas kita orang teka, penulis di jemput ke depan untuk ambil balik buku. Ada juga yang tak nak ngaku tu buku dia hehehe

b) Beza antara kad jemputan kahwin pelajar lelaki dan perempuan : Kad pelajar lelaki, kebanyakan guna nama artis (Siti Nurhaliza..ceh), nama puteri, ratu, tengku,sharifah, dayang.. nama semua glamour2 dan panjang panjang. Sorang je terkantol, guna nama rakan sekelas. hehehe.. dat was funny.shh Kad jemputan kahwin pelajar perempuan, nama orang2 yang dia minat dan orang berkenaan betul2 wujud. hehehe. Cuma nak kena panggil CSI uraikan sikit nama yg telah dicantum :)

Contoh : Mrs Syefridona Abu Bakar :) boleh teka siapa yg jadi Mr tu?
Mustaqim bin Redzuan, Arli , Jihad, Linnoe...


Cat (still in Mouse Land) : mana agak nya korang semua sekarang ni ye.. :) ada yang dah pun jadi cikgu.. U all ingat time ni juga, sekolah kenakan undang2 baru: semua surat yang tiba kat sekolah akan dibuka dan ditapis oleh warden dan cikgu zamani. Kalau lulus, baru tiba kat tangan pelajar. Kalau stuck, tau tau lah cari jawapan. Masa ni lah, idea banyak keluar.. mana2 yang ada bf, nama lelaki di tulis jadi macam nama perempuan. "Abang" di tukar jadi 'kakak". :) Tapi peraturan ni kejap aje.. tak lama lepas tu dibubarkan. Sebab.. ada yang parents kirim duit atau barang tak tiba kat tangan pelajar.

-hana 2/06/09... 'bisikku pada bulan.. tanpa mu, gelap malam menemaniku.. alam menjadi kelam.. sepi menyapaku..'

No comments:

Post a Comment