133 Route De Lyon
67400 Illkirch
Dear Diary,
Baru saja baik dari demam. Tengah musim ujian saja ni, tak berani rasanya nak ambil mc.
Tu yang buat lama baru nak sembuh dari demam. Tanbahan pula banyak perkara sedang bermain dalam fikiran.
Terus terang, surat dari Ikin antara yang mengusik perasaan. Surat dia tiba sehari sebelum raya di sini. Tatkala Azam ceria bercerita tentang surat, kiriman rendang , kuih raya dan lagu raya dari kampung dia, rasa turut terhibur melihat keletah dia. Macam budak kecil dia waktu tu, tapi lepas perasaan happy tu dah surut, Azam mula sedih. Dia teringin nak beraya di kampung.
Dah bertahun di bumi asing ini, saya tidak kisah tentang raya. Tapiiba tiba tahun ni seperti ada satu perasaan timbul..mungkin terikut ikut dengan sedih si Azam. Kad raya tiba dari Ikin dan kawan kawan lama serta sekeping kad dari Ayah. Tak banyak yang ayah tulis cuma pesannya sama seperti selalu untuk belajar dengan rajin.
Ramai orang kata ada 2 senario yang akan berlaku bila jadi anak perempuan dalam sebuah keluarga yang terdiri dari semua lelaki: 1) sama ada seseorang itu akan jadi anak manja atau 2) dia akan jadi seorang yang lasak seperti abang abangnya. Tapi diri terasa terkeluar dari kedua dua kelompok. Terasa seperti orang yang terbuang.
Ada yang mungkin kata saya merajuk. Mungkin juga. Tapi merajuk bukan 100% kerana tidak diperdulikan. Merajuk hanya pada yang sayang. Kalau merajuk pada orang yang tak peduli, hanya membuang waktu, bukan?
Tak ada benci atau marah dalam hati ini. Saya percaya setiap orang ada sesuatu yang dia suka dan sesuatu yang dia tak suka. Jika ada yang menganggap anak perempuan seperti saya hanya menyusahkan, saya hanya menjuahkan diri. Tak pernah ingin menjadi beban pada sesiapa pun.
Manjauh di perantauan ini juga satu tempoh untuk saya mengenali siapa diri saya. Peluang untuk memperbaiki dan mecipta identiti diri. Memilih untuk tentu kan corak hidup sendiri. Di sini tiada siapa peduli asal usul seseorang. Di sini juga tiada istilah 'tuah' atau 'sial' berdasarkan tahyul : contohnya seperti seseorang itu dilahirkan pada malam bulan gerhana atau di lahirkan sewaktu burung hantu berbunyi di atap rumah.
Di sini, kamu di nilai dari segi kepakaran, kerajinan, kepandaian dan cara berinteraksi dengan orang lain. Di restoran yang saya bekerja secara sambilan ni, kami bagaikan sebuah unit keluarga. Bila salah seorang dari kami bercerita , mereka yang lain akan mendengar. Kalau saya nak simpan cerita saya sendiri, tak ada yang memaksa. '
Tapi benarlah kata pepatah : Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri... walau betapa buruk pun cerita semalam, akan tiba masanya hati terpanggil untuk pulang..
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Monday, 26 April 2010
Kembali..
Labels:
* Hari Gelap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment