Monday, 14 June 2010

Chicken Pox


Illkirch Graffenstaden,
France
10 Oct 1995

Dear Diary,

Nak dengar cerita tak? Well, hari ni buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya tertidur dalam kelas. Susah nak percaya!! Tak tau apa virus yang serang. Tengah belajar Bahasa Inggeris, tiba tiba je terlena. Nasib baik ada kawan kat sebelah tolong kejutkan sebelum Prof perasan. Kalau tak, dapatlah 'kad kuning' yang pertama.

Hari ni memang betul betul langkah kiri. Rasa macam nak tidur semula je. Cepatlah hari ni berlalu. Subject terakhir tadi: Kitchen Engineering.

Prof masuk aje kelas, terus bagi test. "What is PB 129?, Kira KW untuk 2 dapur gas dan 1 microwave berkuasa 3.5KW x 25dm". Blur... blur dan blur. Mata dah terkebil kebil pandang kertas. Tak tau apa nak jawab. Benci nya bab ni. Belajar kitchen pun ada engineering, architecture, plan dapur, saiz periuk, KW.."

Ingatkan tahun ni bab KW, KW ni dah tak masuk lagi. Jeling kawan sebelah, dia pun tengah pandang saya. Hehehe.. boleh sama sama tergelak pulak tu. Hentam aje lah, labu. (Nasib baiklah bila result keluar, 3/4 budak kelas dapat 0 markah. Prof terus batalkan keputusan ujian tu. Minggu depan test ulangan. Ada juga sesuatu yang +ve kan? ).

Kalau nak tahu, ni dah 3 minggu tak pergi kelas. Kena "Chicken Pox".
Lucu nya hidup ni kan. Masa kat Malaysia, chicken pox, chicken pie dan pelbagai chicken lain langsung tak nak keluar. Tiba kat sini pulak kena teruk.

Masa mula mula dia muncul, ingatkan kena gigit nyamuk. Tapi was was juga sebab France tak de nyamuk. Gatal.. reaksi yang logik: Pergi garu. Tak tahan gatal satu badan. Ingatkan allergic.. Maklumlah tak pernah tengok chicken pox ni.

Pergi ke klinik, doktor kasi surat, kena 'quarantine' 3 minggu.
Gila di buatnya. Dah lah dah garu kat dahi tadi.. ish.. berbekaslah tu. Ruang bilik yang 4 segi tepat ni terasa sempit. Sorang je kat sini tapi tak bebas nak gerak. Call Ira kat Nancy untuk ngadu kat dia. Adalah juga dapat simpati sikit. Yang selebihnya, dia bantai gelak.

Budak budak lain kat Strasbourg ni dah lama tak nampak muka. Saya dok makan biskut dalam bilik. Sadis. Tak boleh nak keluar dan itu je bekalan yang tinggal.

Dua hari lepas tu Azam tiba tiba call.
Saya bagi tau kat dia apa jadi. Azam marah sebab tak call dia orang.
Saya cuma gelak..(dalam hati memang terasa nak nangis) dan kirim barang makanan. Lepas tu suruh dia letak depan pintu je sebab tak nak berjangkit.

Petang tu loceng rumah bunyi, tengok tengok ada Azam, Nizam, Adli, Shamri.
Yucks. Orang dah suruh tinggalkan aje barang barang tu kat depan pintu tapi dia orang nak masuk juga. Dalam pada tu, ada rasa terharu juga sebab they all sudi datang untuk temankan. Siap bawakkan majalah lagi tu.

Untungnya sebab dapat kawan kawan macam they all. Walaupun Azam tak habis habis bising sebab makan biskut. Tapi tak sorang pun kutuk tengok muka ni dah berbintik bintik macam alien.

Now ni, setiap dua , tiga hari diaorang datang. Maria pun ada datang, bawak nota untuk saya salin. Ira dan Sue pun ada call tanya khabar. Saya bukan apa, cuma tak mau susahkan orang, tapi happy nya rasa bila ada kawan kawan yang ambil berat..

Untungnya saya kan..

-Aidahana-

No comments:

Post a Comment