Wednesday, 16 September 2009

Kunjungan Dari Besancon

Illkirch Graffenstaden
Strasbourg, France.
21/04/1996


Dear Diary,


Sekarang ni tengah cuti semester tapi masih lagi sibuk siapkan tesis dan buat ulangkaji untuk peperiksaan akhir yang akan bermula 13 May- 31 May.

Kalau kat Malaysia, ni dah seminggu selepas Hari Raya AidilAdha. Tentu seronok kan bila bayangkan dapat balik kampung dan makan masakan mak. Sigh..belum tiba masanya lagi..

Macam biasalah, sekarang ni tak cukup tidur. Berkorban sehingga nanti habis exam, baru cover balik waktu tidur yang dah terbengkalai kan.

Azam dan bebudak lain kat Strasbourg ni dah balik ke Malaysia untuk buat on job training dia orang. Yang tinggal saya dan Shamri di sini , masing masing sibuk menyiapkan report.
Terasa sunyi juga Azam dah tak ada untuk temankan saya berbual.

Makan pun, selagi perut tak bunyi ni, tak teringat nak cari makanan. Lebih lebih lagi bila tengah tekun belek buku. Kalau Azam ada, dia lah selalu jadi tukang ingatkan time makan. Sebab dia lapar :p hehehe :) Sigh..

Sekarang ni baru masuk musim panas.
Semua orang dah pakai T-shirt dan shorts aje. Semalam, dah mula nampak orang start berjemur kat rumput, duduk duduk bawah pokok kat taman tepi building ni dan kat sepanjang terusan kat Petit France. Cantik sangat pemandangan kat sini.

Suhu 20 C. Tapi bila tiba waktu malam, sejuk teramat. Happy juga sebab dah boleh start jogging semula kat luar. Ada burung, ada matahari, ada bunga bunga cantik dan..ada anjing.. :p opps.

Oh ya. Minggu lepas kami dapat kunjungan dari orang orang Besancon, datang berjalan jalan kat Strasbourg ni. Dia orang cikgu cikgu kat Malaysia yang di pilih khas untuk belajar Bahasa Perancis di France. Cemburu bila tengok mereka semua banyak masa terluang untuk jalan ke merata tempat. Umur mereka dalam lingkungan 27-33 tahun.

Bila balik ke Malaysia nanti, level (?) tangga gaji mereka akan di naikkan sebab mereka boleh mengajar subject tambahan Bahasa Perancis. Ada di antara mereka yang masih single dan ada yang dah berkeluarga dan bawa family mereka ikut sekali ke sini. Best kan. Sesekali begini, terasa macam suasana kat Malaysia dengan suara budak kecil menangis dan bergaduh. Sigh.. ceh dah dua kali mengeluh ni.

Nak tergelak juga bila dah kenal cikgu cikgu ni. Ingatkan dia orang mesti lagi serious daripada kami yang sediakala kebudak budakkan ni. Tapi diaorang pun rupanya sama saja macam kami semua juga; buat joke, main usik kawan kawan dan gaduh tetap gaduh juga.

Kesimpulannya, umur bukan satu faktor untuk tentukan tahap kematangan seseorang dan.. cikgu pun manusia juga. Bukan alien . Tak ada kekok pun sewaktu kami bertemu walau perbezaan umur agak ketara. Mungkin saya yang spesis pelik kat sini hehehe.

Tapi satu saja peringatan: jangan bercakap tentang pelajaran atau sekolah, automatik terus mereka akan bercakap seperti cikgu semula.

Tak tahulah kenapa..Tiba2 terasa rindu nak balik Malaysia.

No comments:

Post a Comment