Friday, 18 March 2011

Laksana Merindu Bulan


Taman LKNP
25200 Kuantan, Pahang

Assalamualaikum

Hana, terlebih dahulu terima kasih atas kiriman kad tempoh hari.
Nampaknya masih lagi hana mengingati diri abang kat sini.

Alhamdulillah, suka rasa bila dengar hana berjaya dengan cemerlang dalam SPM hari tu. Tahniah. Ehem. dan bila pulak nak belanja makan ni? :) Soalan biasa lah tu kan bila seseorang dah berjaya capai sesuatu yang membanggakan.

Titik permulaan untuk hana melangkah ke hadapan dengan lebih jauh lagi kini telah ada. So, abang harap hana pilihlah laluan yang hana hajati berlandaskan pemikiran yang rasional. Maksud abang, kalau nak ambik course tu jangan main serbu aje. Pilihlah dengan teliti.

Walau bagaimanapun, setakat ni apa yang hana buat tu abang rasa memang serasi dengan hana.
Abang amat galakkan pilihan hana tu, tetapi hana kena ingat juga. Jangan lah terlampau tinggi sangat hajat tu. Takut hana akan kecewa andai ianya tak tercapai.

Hana jangan fikir abang nak jatuhkan semangat hana. Tapi ini adat dunia. Apa abang maksudkan, macam mana nak terangkan ye...Ok, hana ingat tak dulu abang pernah maklumkan kat hana yang abang bercita cita untuk jadi doktor tetapi walau macam mana abang usaha pun, akhirnya tak akan kesampaian.

Sekarang ni abang kena tukar bidang abang. Ambang ambil kursus Engineering kat Maktab Sains Mara Kuantan. So hana nampak tak what I mean?

Oklah hana, sebelum abang undurkan diri, di kesempatan ini abang ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" dan semoga gembira dan baagia di hari mulia nanti.

Tidak ketinggalan juga, disini abang ingin memohon selautan ampun dan maaf atas apa jua yang telah abang lakukan yang abang rasakan telah mengganggu kehidupan hana dan menyakitkan hati kecil hana tu. Abang harap dapatlah hana maafkan.

Mengenai hana pula, abang rasa tiada apa apa yang hana lakukan yang menyebabkan hati hana terluka. Kalau adapun, telah abang maafkan dari dulu lagi. Abang rasa cuma setakat ini dulu. Sebelum abang undurkan diri abang doakan agar hana sentiasa berbahagia tanpa diuliti rasa kedukaan. Semoga tabah menghadapi cabaran.

Sekian, Wasalam
HMS

No comments:

Post a Comment