
Khadzial Hajat
Tuan/Puan/Cik/Encik : Nini dan Hana
Hari : Malam Sabtu
Waktu : 9.30 malam
Prkara: Meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran
Venue : Gazebo di Hadapan Aspuri
Turut mengundang : seisi SMS
**************************************
Kad ini Ara bagi pada tahun akhir form 5 di Samura. Buat pertama kali, sepanjang kami belajar di sini, Ara dan rakan rakan lain mengatur satu jamuan 'an all-girls class party' (sudah tentunya untuk pelajar perempuan saja) yang juga merangkap majlis sambutan harijadi buat Hana dan Nurul. Beza harijadi kami cuma beberapa hari saja. Harijadi Hana jatuh pada 23hb dan Nurul pula jatuh pada 27hb Mac. Terharu rasa kerana mereka semua bersusah payah mengendalikan semua ini tanpa pengetahuan yang empunya diri.
Sebenarnya, beberapa hari sebelum itu, kami berselisih faham. Semuanya silap Hana juga: 'defensif' dan 'mempunyai perasaan yang hanya senipis kulit bawang. (Andai ditanya pada waktu itu, pasti dia akan menafikan apa yang baru saja ditulis ketika ini). Bagaimana perasaan tak terguris bila seminggu sebelumnya, melihat mereka berbisik bisik dan keadaan menjadi seperti 'malaikat berlalu' apabila Hana tiba. Terasa amat diketepikan kerana sebelum ini kami semua sebegitu rapat.
Mungkin sesetengah orang akan berasa perlunya untuk bersemuka atau menjadi 'spy' / pengintip bagi mengetahui apa puncanya diketepikan secara tiba tiba. Katalah apa saja, tapi Hana yang dulu memang tidak berfikir panjang. Kalau orang tidak menegur, dia juga akan mengasingkan diri. Bak kata pepatah, andai hidung tak mancung, janganlah hendak tersorong sorong, kan.. Tidak mahu hati terluka, dibuatnya seakan tidak kisah dengan apa yang berlaku. Jika tidak ditanya, dia diam. Jika ditanya, sepatah saja jawapan.
Suasana menjadi hambar. Sahabat bertukar menjadi 'kawan'. Susah hendak melihat wajah yang empunya diri di kelas. Tiada lagi nota kecil bertukar tukar tangan sewaktu guru mengajar. Tiada lagi pelaksana idea idea nakal maupun suara kecil yang selalu bertindak sebagai pengalih perhatian guru dari ingat kepada assigment yang diberikan. Pelajar lelaki mula bercakap sesama sendiri, tertanya tanya kenapa kami senyap.
Sehinggalah sekeping kad tiba tiba terletak kemas di atas meja. Dan malam itu, kami bermaafan dan berpelukan. Yang terurai kembali terikat namun sudah tentunya tidak sekuat permulaan. Kerana bukan hanya satu hati yang tersentuh. Masakan tidak. Terasa betapa rapuhnya nilai sebuah persahabatan seandainya mudah goyah pabila dilanda sebuah ujian. Kami masih budak..yang hanya baru menatap untuk menjadi dewasa.
*************************
Nota:
Kad jemputan kat atas ni idea Ara sempena mempraktikkan pelajaran membuat kad jemputan dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Ya Khadzial Hajat bukan untuk jemputan kahwin saja. Maksud Khadzial Hajat ialah untuk menunaikan hajat dan boleh di gunakan untuk apa saja termasuk hajat kecil.
:) Hmm..
No comments:
Post a Comment