Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Monday, 15 April 2013
Memori Semalam
Thinking of you makes my life complete. You're my golden clouds; you're my smile.
You are all the soulful love songs within my spirit, like an angel calling me... You are perfect for my soul
*****
Kaki melangkah masuk ke rumah peninggalan arwah ayah. Keadaan sekeliling berhabuk. Tentu saja kerana tiada siapa yang menjaganya. Saya sendiri telah 21 tahun tidak pernah menjejakkan kaki ke sini. Nasib baik kunci yang ibu sorok di dalam pasu bunga pokok kertas di belakang rumah masih tak terusik dan mangga yang sama masih digunakan.
Saya berjalan perlahan lahan dari satu bilik ke bilik yang lain. Memori semalam bagai berputar secara automatik di fikiran..terngiang ngiang suara ayah mengajar kami mengaji, suara ibu memarahi tatkala tahap kenakalan kami mencapai maksimum. Semuanya masih segar di ingatan.
Kaki terus melangkah..menghampiri bilik terakhir, bilik yang pernah saya kongsi bersama adik, sebelum saya membawa diri jauh di rantau orang. Masih ada lukisan sebakul bunga dengan nama saya tertampal di pintu. Jantung berdegup semakin kuat..tangan mencapai tombol pintu. Apakah masih semuanya masih seperti dulu juga? Saya takut..takut yang ianya tidak seperti yang saya harapkan.
Apa semua ini? Menggigil tangan tatkala pintu terbuka luas.
Saya melihat keseluruh ruang bilik. Meja dia, buku buku dia, piala dia, anak patung kesayangan dia..semuanya barang barang dia. Di satu sudut bilik, penuh dengan sijil sijil dan pakaian dia. Malah katil saya juga telah tiada.
Kaki melangkah lagi, menghampiri dinding di sebelah kiri. Penuh bertampal dengan gambar adik, dari bayi hingga dewasa. Gambar adik menunggang basikal, gambar adik ketawa di dukung ayah...dan ..oh sekeping gambar segera menarik perhatian saya. Bukankah gambar ini sepatutnya gambar saya sedang berdiri disebelah adik..tapi ianya telah di potong dan gambar saya telah dibuang. Sememangnya ayah hanya sayang adik seorang saja.
Saya memang bodoh. Apa yang saya fikirkan kembali ke sini? Apa bukti yang saya perlukan lagi? Mengubah sejarah? Tak mungkin. Saya tidak berfikir panjang. Kesedihan yang melanda kelmarin membuat saya memandu semula ke sini..mencari andai ada secarik kasih dan sayang dari waktu silam untuk buat saya kembali tabah dan tenang. Bodoh...
Saya marah dengan diri saya sendiri. Berlari pantas keluar dari rumah tersebut..saya ingin pulang ke dunia nyata saya semula. Walau tidak ada apa apa di sana lagi, tapi itulah dunia nyata yang saya ada.
Airmata mengalir deras menghalang penglihatan. Menekan minyak. Dan kereta bergerak tanpa kawalan melanggar tiang letrik. Bunyi hon memekakkan telinga. Tak boleh dipadam. Tangisan semakin deras. Apa yang saya harapkan sebenarnya dengan pulang ke sini? Keluarga? Cinta? Kasih Sayang? Ketenangan?
Saya mahu pulang..saya hanya mahu pulang semula ke hiruk pikuk bandaraya..ke segala kerja yang bertimbun di pejabat.. saya mahu lupakan segalanya..
Labels:
* Hari Gelap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment