Saturday, 18 October 2008

Meneruskan Perjalanan



France 23/08/94

Dear Imah,

Apa khabar? Doanya sihatlah. Saya di sini secara fizikal sihat, tapi otak tengah tak betul. Tu yang tiba tiba terasa nak tulis surat. Pada siapa ye? Pada sesiapa aje yang sudi nak dengar. hehehe

Hana tau, betullah cakap orang. Bila tinggal sorang sorang ni, boleh naik gila di buatnya. Tak tau apa nak di buat... itu yang buat otak start aktif berfikir.. fikir pasal macam macam, fikir pasal tak de apa yang khusus, fikir pasal semua benda.. hmm

Penggal baru akan bermula lagi sebulan (20 Sept). Tak lama lagi saya akan jadi budak "ecole" (sekolah khas) ceh.. :). Sebenarnya ada rasa boring juga. Bodohnya masuk "ecole". Sekarang ni dah kena study gila gila..sigh..

Kenapalah saya tak masuk "U" aje..kan senang? Nak pergi kelas ke tak, tak de orang yang kisah. Kat "U" kita boleh buat apa saja yang kita nak. Tapi sekarang, sigh.. (mengeluh lagi), saya rasa macam dah letakkan target terlalu tinggi. Rasa macam tak boleh nak capai impian tu.. Boringkan, Hana..

Lagi satu perkara, kadang kadang terfikir nak duduk sorang sorang menyewa appartment, memang best kan? Boleh masak bila terasa nak masak dan hanya bila terasa nak makan. Bukan memasak semata mata sebab hari ni giliran saya untuk masak. Seronok kan? Dan bila terasa sunyi, pergi aje lah lepak ke rumah member member. Hana kan banyak pengalaman dalam bab ni kan... what do you say? :) Hmm..saya dah buat keputusan! Tahun depan saya akan sewa satu appartment sorang sorang. Lagipun nanti senang bila masuk tahun ke tiga: bila kena buat training 6 bulan kat luar dari France, boleh lepaskan appartment tu kat orang lain. Cool.. n boleh jimatkan duit.

Tahun kedua ni , compulsary training 4 bulan kat any negara eropah tapi mesti luar dari France. saya tengah dok fikir ni. Hmm.. susah juga nak cari tempat training sendiri, especially kalau tak ada kawan kat Europe. Rasa rasanya nak pilih sama ada England atau Swiss. England sebab tak de masalah bahasa. Swiss.. sebab.. saya dah lama nak pergi ke sana hehehe. Lagi pun, orang kata kat Switzerland sana, diaorang cakap Bahasa Inggeris merata rata. After that, tahun ketiga, baru pilih untuk ke USA (ni training kena buat luar dari Eropah) atau Singapore. Malaysia tak nak.. sebab kalau pilih negara sendiri tak dapatlah elaun tempat tinggal hehehe. Banyak tu..

Oklah Hana. Cukuplah saya kacau setakat ni. Salam buat budak2 lain kat sana..

______________________________________________

Hana : Antara sebab kenapa kami tak balik Msia setiap tahun ialah training on the job. Lulus teori aje tak mencukupi kat sini. So, kena buat training kat company atau restaurant untuk dapatkan pendedahan tentang bidang pekerjaan yg nak diceburi. Lepas tu buat report dan analysis.

"This world is full of insanity"


No comments:

Post a Comment