Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita nampaknya di helaian kertas berwarna merah jambu ini. Sis ingat tak Syed Alwi, ex-SMS juga. Dia jadi director of Malaysian Economic Convention yang lepas. Seronok sangat, lebih lebih lagi kami semua turut sumbangkan bakti untuk menjayakan acara tu. Masa ini lah juga dapat jumpa semula kawan kawan SMS yang lain. Sebelum ni masing masing terlampau sibuk dengan pelajaran. Sebagai penghargaan malam terakhir convention tu, kami semua di jemput menhadiri dinner kat KL Hilton. Apa lagi, masing masing bergaya habis. Bukan selalu dapat makan kat hotel bertaraf antarabangsa kan, sis. Tapi, Ikin tak ada lah pakai songket putih macam ada orang tu kan.. hehehe
Macam mana malam annual dinner sis hari tu ye? Tentu bertambah seri lagi sis malam tu siap dengan songket sekali. Hantarlah gambar. Teringin Ikin tengok. Lagi pun kita dah lama tak jumpa. Macam manalah muka sis sekarang ni ye. Makin putih melepak tentunya.
Waktu sis terima surat ni, mungkin dah raya. Sis nak tahu tak, setiap kali Ramadhan tiba, bila baca suratkhabar Berita Minggu dan Utusan, selalu Ikin buka mukasurat tengah, bahagian 'Ucapan dari Seberang'. Manalah tau ada gambar sis siap dengan ucapan raya untuk Ikin. Tapi tak pernah ada. Sibuk sangat sis ni agaknya. Sis tak mahu balik beraya ke? Oppss..Ikin tak patut kata macam tu kan. Ikin harap sis juga tetap ada masa untuk sambut raya dengan gembira.
Hmm..apa Ikin nak cerita lagi ye. Oh ya. Tahun ni semua orang balik raya kat kampung Ikin. Kecuali Abang Ngah saja yang pulang beraya di kampung isterinya. Tak cukup korum lah jawab nya. Tapi yang bestnya Ikin sekarang ni tengah berdebar debar menanti kelahiran anak kedua. Dah scan dah, dan doktor kata ianya anak lelaki. Sis, tutup mulut tu ..nanti masuk lalat. Hehehee..bukan anak Ikin, tapi anak Che Teh le. Ikin kalau nak kahwin, mesti tunggu sis balik dulu.
Panjang juga apa yang Ikin tulis kali ni ye. Apa nak buat, mata pen ni macam bergerak sendiri, laju aje. Sebenarnya , sebelum tulis surat ni mata Ikin dah sepet habis, tapi tiba tiba seronok pulak nak usik sis. Dah segar semula. Cuma tulisan aje yang semakin lama semakin bertambah cantik.
Sis tak payah le minta maaf sebab tulis panjang panjang. Sepatutnya Ikin yang ucapkan terima kasih sebab sis sudi berkongsi cerita dengan Ikin. Seronok baca kisah kisah sis. Kalau sis ada masa terluang, lagi panjang sis tulis, lagi Ikin suka.
Oklah, sis. Kalau sis berdoa, doakanlah sekali kejayaan Ikin ye. Terasa semakin lama, semakin mencabar pembelajaran Ikin. Apa nak buat. Hidup kena diteruskan, betul tak? Kita kena belajar menjadi lebih kuat.
Sis, ingat ye. Jaga diri sis dengan cara yang paling baik. Jangan nakal nakal (sis kadang kadang memang nakal), dan yang paling penting, jangan lupa solat.
Wasalam
19/02/1996
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Friday, 17 October 2008
Ramadhan Sekali Lagi
Labels:
* Hari Semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment