Saturday, 18 October 2008

Masa terus Berlalu


Strasbourg, France
22 August 1996

Hai Imah. Sorry le sebab lama juga tertangguh nak tulis surat kat Imah. Surat hari tu pun tak berpos lagi.

Hari ni aktiviti saya: berjalan kaki ke town tengah tengah matahari terik. Hehehe. Il me faut ca sebab badan dah dipam pam sejak cuti hari tu. Jalan jalan kat town, survey barang barang yang nak bawak balik untuk orang orang di Malaysia. Ingat nak juga cari kotak tapi puas ronda semua tempat, tak de. Balik rumah, baring kat katil, terus lelap sampai pukul 6pm tadi. Penat sesangat.

Ok, macam dijanjikan, kita cerita pasal summer holiday hari tu. Exam last habis 6 June yang lepas. Habis je, saya terus ke Paris dgn A dan Richard. Kita orang pergi naik kereta sebab emak A akan tiba di Paris 7 June tu. Lepak lepak 3-4 hari di Paris, saya terus (sorang je)turun ke Besancon pula.Hari tu hari Ahad, bila sampai kat sana tak tau pulak bas mana nak ambik untuk ke 'Planoise'. Call Mona mintak ambik. Beg seberat beratnya (hehehe.. ni tiru cara Imah cakap), dengan tennis raket , hadiah dan macam macam lagi.

Oh ya. You know about Azhar's wedding, don't you? Saya pergi rumah dia and time tu Kak Midah je yang ada dgn Mariah (anak dia orang). This is the latest news: He got a daughter now, called Siti Hajar Mariah. Azhar ngan wife dia panggil si kecik tu Hajar, saya sorang je yang panggil dia "Mariah" sempena Mariah Carey (slang US tau).

Pengembaraan bermula start dari sini le. Ha! Tu le Imah balik Malaysia awal sangat, rugi tak ikut merayau. Time cuti dulu pun, asyik hilang, buat kerja part time sana sini. Ish.. kat Malaysia silap silap macam tu juga. Kerja memanjang :)

Oklah, saya stop kat sini dulu, nanti sambung lagi ok.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment