Sunday, April 5, 2009 at 3:05pm
You know what.. hari ni waktu berkemas kemas, i found back my old school magazines. Majalah "Tanjong" SMS Muar. Menyelak balik satu satu muka surat, melihat balik wajah guru2 dan kawan2, serta ada juga yg bukan kawan (biasalah tu), teringat balik zaman sekolah dulu.
Masa tulis ni, baru je habis tgk buku Tahun 88 : SRP tahun tu. I think ramai yang masih ada buku tu kan. Tingkatan 3 Cekal, ingat Atta, Kha? dah berapa tahun dah tu.. Guru Kelas : Cikgu Onn. SRP , SRP juga.. tapi masa tu juga ramai yang tengah beralih ke zaman nak jadi dewasa. Ha.. adik angkat lah, abang angkatlah, surat surat dan kiriman salam beredar dari satu kelas ke satu kelas. Surat warna biru, pink, kuning terselit celah buku kerja &; buku teks. Tersenyum tengok ada yang resah bila surat tiba pada orang yg salah, dan ada juga yang kelam kabut (panik) bila cikgu tiba2 nak pinjam buku.
Waktu aktiviti: tentu lah prep petang. Tempat : kelas orang yg di usha
Tempat Lain : Kalau duduk kat perpustakaan, lagi lah macam macam aksi dan cerita dapat di lihat.
Kawasan kedua : Satu lagi bila time Bahasa Inggeris. Semua kena tukar kelas ikut set masing masing. Teringat sorang kawan ni. Bila lalu kat kelas tertentu, mata cari seseorang. Pandang, senyum, habislah lepas tu bila balik kelas, kena lah dengar member tu cerita yg hari ni dia nampak "seseorang" dan orang tu senyum kat dia. :) Ada yang ambil time ni untuk pilih duduk kat tempat org yang dia minat, tak dapat tgk orang, tgk buku pun jadilah. Segala maklumat tentang sidia, tanyalah kat girl tu. Dari tulisan sampai ke markah ujian semua dia boleh cerita dari A ke Z. Tapi study tetap study. Tu yang respect tu.
Kawasan ketiga: lalulintas corridor ke toilet (tingkat bawah & tingkat atas).
Tempat ke 4: Dewan makan. Ingat... tempat duduk waktu makan : separuh pelajar perempuan, separuh pelajar lelaki. Dua pihak duduk menghadap antara satu sama lain. Memerhati dan di perhati.Ingat tak time tu ada hi-tea bersama guru. Mereka yg dipilih 5 lelaki, 5 perempuan makan kat meja besar dgn cikgu. Belajar makan cara sopan guna garpu dan sudu. Makanan memang sedap.. tapi biasalah pelajar perempuan mostly bila dah duduk kat situ, mesti makan sikit je. malu.. manalah tau garpu jatuh ke, ayam terbang.. dah habis hi-tea, sibuk cari biskut :)
Tempat ke 5: Dewan besar bila ada ceramah. (Kalau ada yg tak de tu, cari2 lah kat dalam locker ke atau kat bilik sakit, kan kan kan :) tak pun kat surau hmm.. tak takut dia orang ni... kan banyak cerita hantu masa tu)
Rasanya dah habis dah. Ada tempat lain ke?
________________________________
Lagi satu time tu : 1988 Ada AJK Riadah Subuh :)
Pengasas dia : Cikgu Zamani. Benda ni start tahun 1987. Tiap2 pagi start pukul 6.20 am-6.45am, loceng bunyi kuat dan tak henti henti. Pengawas dok check untuk pastikan semua bangun dan pergi kat tempat riadah.
Boring time ni. Memanglah ada lagu, ada aerobik, main bola beracun, main macam buat ombaklah.. "Menggembirakan & menyegarkan para pelajar" :) Niat memang baik tapi mengantuk sangat2 sebab tidur pun pukul 11-12 malam. Mula2 tu semua buat aktiviti yg disuruh. Tapi makin lama , turun riadah , mata tutup. :) kalau dah ramai buat macam tu, macam mana dia nak marah, kan. Kesian juga kat abang2 dan kakak kakak yg jadi AJK tu.. tapi nak buat macam mana.. mata mengantuk.
Penutupnya : riadah subuh di batalkan pada pertengahan tahun. Yes!:) Ampun cikgu.. memang ada antara kami memang allergik aerobik awal2 pagi ni. :) Kalau nak suruh jogging slow slow tu oklah lagi..
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Friday, 24 October 2008
Tanjung
Labels:
* Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment