Monday, 13 October 2008

Lain Padang, Lain Belalang


<blockquote>
USA
November 1994

Assalamualaikum.
Apa khabar? Lama rasanya tak dengar sebarang cerita dari awak. Setelah berminggu tunggu barulah dapat surat. Saya tunggu juga kalau kalau ada panggilan telefon tapi hmm sis mungkin terlalu sibuk. Harap harap sis sentiasa sihat sejahtera.

Kehidupan di USA ni memang seronok. Walaupun orang Melayu cuma ada 20 orang, kami rapat sangat macam satu keluarga. Contohnya, dinner malam ni, kita orang bayar kat ada sorang kakak yang ikut suami dia study di sini. Kami bagi duit dapur sorang sikit dan dia masakkan lauk untuk kami semua.

Best! Tiap tiap hari mesti ada sambal belacan. Semalam, kakak tu buat lauk masak lemak rebung dengan sambal sotong. Sehingga menjilat jari. Jealous tak? hehehe. Sudah tentu 10 kali lagi best dari sis yang asyik makan roti saja kan.

Sebenarnya kalau bab masak tu, saya dah boleh buat sikit sikit. Boleh le juga masak kari, sambal tumis, masak lemak, kurmak, masak kicap, masak sweet sour, spaghetti. Hehehe panjang list ni kan. Cuma tak ada le sedap mana. Bestnya dengar hana nak masakkan untuk kami kalau kita orang datang sana. Nanti le, nak kena kumpul duit dulu, baru boleh melancong ke France.

Sekarang ni, hidup kami dah betul betul berubah berbanding dengan kat Malaysia dulu. Kat sini, nak beli apa apa, main sain dan tenyeh je kat credit card. Bila tiba hujung bulan, pening juga kepala nak membayar. Tapi saya tak de le belanja apa sangat. Cuma beli notebook computer ni dan satu set hi-fi.

Bebudak lain ada yang plan nak beli kereta. Saya tak nak join. Banyak cost bila ada kereta ni. Nak kena beli insurance, labour tax pun mahal. Saya plan nak ambil lesen international. Kalau nak ke mana mana, cuma perlu sewa kereta saja. Lagi murah.

Lagipun, tempat belajar kami tak le jauh sangat dari rumah , lebih kurang 15 minit kalau berjalan kaki. Saya selalu naik bas saja. Senang. Lagipun selalu terlambat bangun, tak sempat nak jalan kaki hehehe.

Hmm.. susah juga ye bila dengar yang sis tak de e-mail account. Tak sangka France begitu back dated, especially Strasbourg kan sepatutnya Centre of Europe. Conservative people. Saya habis banyak duit kat notebook ni termasuk beli modem, semua setting dia termasuk satu phone line yang boleh contact computer saya dengan computer di tempat belajar. Jadi tak payah le hari hari nak balik lewat sebab stay back kat lab. Boleh buat assignment dan programming dari rumah aje. Orang major bahagian computer le katakan.

Homework banyak kena hantar terus ke lecturer. So sekarang ni kalau siap, terus je boleh e-mail ke lecturer. Tak payah nak print. Canggih kan :)</blockquote>

No comments:

Post a Comment