Friday, 17 October 2008

ITM


Kolej Delima 7
ITM Shah Alam
Selangor

Awak apa khabar? Sihat ke tidak? Tengah buat apa tu? Dah makan ke belum? 

Saya kat sini alhamdulillah sihat walafiat. Diharap awak lagi lah bertambah tambah sihat hendaknya. Terima kasih banyak banyak sebab masih sudi hantar surat ke sini. Maaf sebab lambat sikit balas. Bukan disengajakan. Almaklumlah awak hantar surat ke rumah ayahanda sedangkan saya berada kat rumah nenekanda kat kampung. Jangan marah ye.

Kenapa awak tulis surat macam cuak cuak aje bunyinya? Toksahlah begitu. Kita kan member dah lama. Tulis aje apa yang terasa nak ditulis. Saya pun macam tu juga.

Sebenarnya, saya ada satu perkara yang dah lama saya nak cakap kat awak. Dulu, semasa ambil result, tak sempat nak cakap. Awak terus hilang lepas ambik cop sekolah. Sebetulnya saya cuma nak ucapkan TAHNIAH atas kejayaan awak dalam SPM dan juga TAHNIAH sebab dapat ambik matrix kat Subang Jaya. Saya akan sentiasa doakan agar awak berjaya sampai dapat pergi ke Perancis hendaknya. Insyaallah.

Tapikan..awak tak sebut pun yang awak akan ambil bidang apa. Kalau tak de basic, tentunya bukan bidang yang ada kaitan dengan sains sosial yang kita belajar dulu tu kan. Walau macammanapun, awak sabarlah banyak banyak dan berusahalah sekuat kuatnya ok.

Saya kat sini bersyukur sangat sebab walaupun berbekalkan result yang hampir nak tertonggeng ni, masih juga dapat masuk ITM. Sebenarnya ini memang pun target saya dari waktu mula nak 'menyeni' dulu. Alhamdulilah. Nak kata senang, tak lah senang sangat. Nak kata susah, pun tak lah susah sangat. Cuma problem dia selalu muncul bila nak buat rujukan sebab semua bahan dalam Bahasa Inggeris. Awak pun tahu kan yang saya ni tak pandai sangat dalam subjek tu. Tapi pelan pelan, sure pandai juga kan hendaknya .

Boring tak awak baca surat ni? Sorry le sebab saya tak pandai melawak. Kalau ada ayat ayat yang tak sedap tu, memang sah lah sebab saya tak pandai bab menulis surat ni. Sabar je lah ye... sikit je lagi ni.

Buat pengetahuan awak, budak budak seangkatan kita yang ada kat ITM ni ada 6 orang : Odak (pasal dia sekelas dengan aku), Shahrin & Ayoy (bidang Transport), Shima & Huzai (Food Technology). Radiah ada ternampak sekali tapi tak tahulah apa cerita dia. Yang belajar kat seksyen 2 ni , ramailah juga: Awe, Nizam. Khabarnya Parman, Buck dan Sue dah jadi klik. Si Panie pulak buat matriks kat UIA. Ada terjumpa dia.. tapi tak dapat nak contact lepas tu sebab tak de alamat. Sanie, tak tahulah kat mana. Panie , ada jumpa dia kat Segamat sebab sama sama dengan dia ambik borang ITM. Sekarang ni sehelai jambul dia pun tak nampak.

Takat ini je lah dulu. Besok besok boleh tulis lagi, insyaallah. Apa yang tersinggung, 'ter'mina... eh terminator pulak :p. termenyakitkan hati dan seterusnya, saya mintak maaf banyak banyak. Maklumlah banyak gurau dengan awak. Tulisan pun tak kemas dan tersusun macam surat awak kan. Senang senang hantarlah surat lagi ye.

Chio! Adios!
-HJ91240587-

No comments:

Post a Comment