Pementasan

1987 : Tahun perubahan. First sekali aktiviti masing2 dah tak sama. Waktu Ms Leow (cikgu English) kata nak buat pementasan drama dan perlukan sukarela, hati start berdolak dalik, berani atau tidak. Bila loceng bunyi, kemas buku slow slow, dan bila tak ramai dah orang, baru bagi nama kat teacher. :) Takut kena gelak kalau member2 nampak. Rasa teacher pun terkejut tapi dia bagi juga skrip. Uji bakat kat kelas Ms Yong, cikgu yang paling garang masa tu. Tengok senior2 pun ada. 5 minit kat situ, slow2 bangun ingat nak keluar. Tiba2 cikgu panggil, suruh bacakan babak untuk "Becky". Hei.. baru nak lari. Cuba je lah. Habis baca dialog, cikgu diam. Dia conteng sesuatu kat kertas dialog, lepas tu dia suruh datang dewan pukul 9pm untuk latihan. Yes!! got the part.. happy nya Cerita "Tom Sawyer", hero dia student form 1: Othman. Tak kisah lah siapa jadi hero, janji dah dapat berlakon. Ramai2 duduk belakang pentas hafal dialog. Masa ni kenal dgn budak2 kelas lain :). Cikgu pilih 2 orang untuk watak Becky. Senior form3 akan belakon waktu pementasan untuk students whereas kita orang jadi pelakon tambahan . Tuan punya diri berlakon time PIBG. Ok lah, dapat tgk cara senior berlakon & turut serta kat part 1. Tapi paling sedih, bila time untuk pementasan PIBG tu, hero kena demam campak. Pementasan batal.
Ada orang tanya kenapa time ni tiba2 famous sedangkan sebelum ni diam je. Famous? :) tak de lah. Cuma mungkin lagi banyak campur orang, tu je. Time ni tak suka duduk kat kelas sangat. Well, masa ni heboh pasal isu bertudung. Dalam kelas, yang melayu dan tak pakai tudung, cuma saya ngan Yam. Yam atlit, dia aktif bersukan, so ok lah kes dia. Tuan punya diri di cop sebagai degil sbb tak nak join the club. Budak perempuan tak kisah, budak2 lelaki pulak yg lebih2. :) Funny, bila fikirkan, mereka yg gangster2 tu yg lebih bising , keluarkan hadis itu dan ini. So, bila dah keluar berlakon pakai skirt, lagilah bertambah sindiran. Tak kan nak pakai tudung sbb di paksa, lagipun ada sebab2 sendiri.. buat2 tak dengar je lah.
No comments:
Post a Comment