Friday, 24 October 2008

Tahun Terakhir


Form 5: tahun terakhir dan our senior year.
Ketua : Apandi & Penolong: budak ni lagi.

Tahun ni busy juga sebab nak SPM. Apa yang menarik tahun ni ? Tak banyak yang ingat...

a) Well... :) first time sejak kat sms ni, ni baru first time dapat dorm terbersih. Form 1 dorm terkotor & Form 5 dorm terbersih. Kira oklah tu kan. Peningkatan mendadak. Cuma hati dah tak de sangat kat sini. Kalau boleh nak cepat2 habiskan form 5.

b) Tahun ni nama masuk dalam senarai minggu orientasi (untuk meng"orientasikan" budak budak junior form 4 baru.) Kerja nya senang : berikan signature pada diaorang. Juniors ni kena kumpulkan seberapa banyak tandatangan yang boleh sebelum minggu orientasi tamat. Senarai nama seniors dah dibagi. Tengoklah, kalau mood tgh nakal atau tak baik, memanglah budak2 ni kena usik. Saya tak delah buat denda teruk sangat, setakat benda2 mudah je(hehehe). Kebanyakan masa mereka ni untung dan tak kena apa apa. Saya tak banyak masa terluang, so tengok muka siapa yang datang dan lepas tu main sign je. Ramai kata yang tahun ni lah tahun saya paling moody & cepat merajuk. iye? ceh...mungkin juga kot.

Dalam minggu orientasi ni yang paling saya ingat ada se orang junior lelaki. Sebelum dia ketuk pintu, ada 2 orang pelajar puteri senior datang jumpa saya, mintak tolong suruh hold budak tu lama2 kat kelas kitaorang. Ingatkan apa pasal lah.. oo pasal budak handsome. oklah..cuma pada saya mata budak ni cantik sangat especially bulu mata dia melentik habis. Budak perempuan punya bulu mata pun tak de macam tu. Apa lagi: ramailah yg nak jadikan dia adik angkat. Malas nak masuk campur. Suruh dia pergi duduk ngan kakak2 tu dan bila seniors tu kata 'lulus', barulah saya sign :) Fuh.. nasib baik. 3 minggu lepas tu, budak ni jadi pengawas. Nasib baiklah tak masuk campur buli dia, Dia ingat n especially waktu class inspection.

c) Ujian lisan : Masalah utama Bahasa Baku :)Seminggu praktis baca dan cakap dlm bahasa baku. Baca ok lagi, tapi bila soal jawab adalah susah sikit. Terpaksa bercakap slow 2 dan sopannya.(Macammana agaknya ye orang2 Trengganu sana buat ujian lisan :))

d) Time ni juga semua orang gila berpantun. Tu lah padahnya dok kelas Sains Social: BM ni sebijik macam BM kelas sastera. Ada pantunlah, sajak, gurindam. Semua yang susah2 dan perlu di teka maksud yg tersirat. Mereka yang pandai, laju je buat pantun 4 kerat, 6 kerat. saya setakat pantun 2 kerat je yang mampu. Mula2 cari barisan bawah (maksud pantun), lepas tu baru cari pembayang. :) Kadang2 memang ayat dalam pantun tu tunggang langgang.

e) Lukisan: Realitinya , baru sedar yang saya memang tak de bakat lukis gambar orang. Binatang & benda mati, ok, tapi masuk je bab lukis orang, tak de rupa orang pun.:)Rupa kartun!! Bab ni, Kroll, Sani & Meng le yang pakar.

f) Acara lari 1000meter ke atau 800m (bab sukan ni memang tak ambil pot), guys semua pakat pakat lari slow slow n sama sama. Pasal apa.. hmmm tak ingat. Yang paling jelas cikgu dah merah padam muka sebab marah, suruh diaorang lari betul2. Yang buat takut ialah kalau kalau cikgu tak bagi diaorang ambil periksa je. Tapi alhamdulillah, walaupun hukuman tetap ada tapi semua di benarkan ambil periksa.

g) Drama BI: Tahun ni saya tak nak berlakon. Konon konon nak jadi Director pula. Perlawanan drama antara kelas kelas form 5. Selalu, budak lelaki bila part2 ni mesti tak nak join punya. So, malas nak kecoh2, kitaorang rancang dan cari cerita/dialog sendiri. Tajuk cerita: Love Story.

Hero Zamzam (kena paksa), heroin pula Nurul. Topo jadi dinding batu dan yang lain2 jadi pari2 dan tumbuhan. Serupa macam teater kanak kanak. Arman ada marah juga sebab kitaorang rancang tanpa tanya pendapat dia. Tapi respect juga sebab lepas tu pelajar lelaki semua tolong kami. . Buat serbuk kilat2, backdrop, special effect dan bagi idea. Cikgu Andrew (bahagian Finas kononnya) panggil director untuk satu sessi soal siasat. Dia suruh tukar tajuk sebab Cikgu Amri kata tak sesuai. Tapi lepas Director go through script & confirm kan kat dia tak de babak 18XX ,dia pun luluskan tanpa perlu tukar tajuk. Pada hari pertandingan, kitaorang dapat tempat ketiga. :)

h) Telekung: Masa ni waktu pergi untuk solat hajat ramai ramai kat gym. Saya pergi dengan Fiza. Dah separuh jalan, dia kata tertinggal something. Saya pun tunggu dia kat tepi pokok dekat longkang sementara dia lari balik dorm ambil barang dia. Dahlah sejuk, hampir tak de orang lain kat situ. Lagilah saya tarik telekung tu selubung muka sikit. Dalam hati dok doa agar pengawas tak de lah lalu kat situ.

Tiba tiba saya rasa ada tangan sentuh bahu. Dahlah otak time tu tengah menerawang kat tempat lain.. saya memang pantang orang sergah2 ni. Apa lagi.. memang tersentak habis. Yang kelakar, terkejut pengawas tu (hehehe)dan dia pun jerit. Nasib baik Fiza tiba time tu, terus kita orang lari laju laju gi gym , tak de pandang belakang pun nak tgk pengawas tu ok ke tak.

Well, sebenarnya banyak benda juga yang berlaku pada tahun ni, cuma ada yang tak ingat sangat. Tahun ni nak jadi pemerhati aje. Banyak rahsia orang, kita tolong simpan.:) Yang saya tahu, yang tak sengaja "ter"tahu dan yang buat2 tak tahu.

Pasal diri sendiri pun saya malas nak fikir sangat. Kalau org gossip kan dgn sesiapa pun, saya senyum dan iye kan je lah. Tak jadi apa kalau tuan punya diri buat dek aje. Orang kirim salam, cuma perlu jawab. Orang bagi surat, ambik and simpan. Kadang2 tak bukak pun. Yang penting sendiri tau hati tu kat mana.

Well, hari ni tak de moral of the story. Tapi sebagai ganti penutupnya.. ada 1 sajak yg someone kat kelas tulis masa ni waktu batch kita orang ada krisis bersama guru2 (pinjam jap ye. Tuan punya diri mesti tau sajak ni kan):

Kami
Kami ada di mana mana sahaja,
Setiap masa, terus belajar untuk berjaya
Kami rasa biasa kalau di hina
Kami ketawa biarpun terseksa
Jangan cuba membantah kata mereka.
Tapi kami tiada niat untuk berkuasa
Hanya satu harapan kita, untuk sama sama berjaya
Berapa lamakah kita harus begini
Pabila diri sentiasa di hina dan dibenci
Bersabarlah, kerna Tuhan Maha Berkuasa
Yang menentukan nasib kita yang sebenarnya..

No comments:

Post a Comment