Sunday, 12 July 2009

Dua Benua


10 Oct 1994
Norman, OK 73071 USA

Dear Diary,

Hari tu dapat surat dari seorang kawan di USA. Terkejut dia bila saya kata yang saya tak reti guna e-mail. Bukan saja tak reti, tapi tak pernah sentuh pun benda yang bernama 'e-mail tu.
Kata saja orang hotel kan.. tapi bab teknologi moden ni memang ketinggalan zaman. Belajar dari asas sistem perhotelan: Gunakan board, kira kunci dan kad pelbagai warna untuk tentukan bilik kosong, bilik bersih dan bilik yang diduduki guests. Computer? Sekali sebulan nak sentuh pun susah.:)

Sedangkan mereka yang belajar di USA heboh sebab mereka guna program IRC (International Relay Chat). Program ni katanya boleh hubungkan semua user IRC di seluruh dunia dan ia nya percuma. Jadi kira jimat lah duit dan cepat sikit nak dapat berita. Tak de lah nak tunggu posmen hantar macam kita orang kat sini.

Kata kawan ni dalam surat dia lagi :

Hana tau, kalau ada service ni, Hana boleh dapat tau apa saja peristiwa yang berlaku kat Malaysia dengan cepat. Macam sekarang ni, berita terkini: Penyanyi Ziana Zain kena tangkap khalwat dengan seorang menteri. Ketua Al-Arqam, Sheikh Al-Ashaari kena tahan dengan ISA atas kesalahan boleh menimbulkan huru hara kat Malaysia. Ketua Menteri Melaka sedang di siasat oleh polis atas dakwaan skandal dengan murid sekolah berumur 16 tahun. Itu antara tajuk tajuk berita utama. Bagi dunia hiburan pulak, filem Sembilu, lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain jadi filem blockbuster pertama di Malaysia yang dapat kutipan 4 juta ringgit.

Oh ya. Seronok juga dengar Hana pergi kelas pakai baju 'smart', maklumlah orang sekolah hotel.
Kita orang kat sini selamba aje. Masa 'summer' hari tu siap pakai bermuda aje pergi kelas.
Macam nak pergi picnic je kan. Tapi sekarang ni musim luruh dah nak mula dah. Sejuk dah terasa.

Hari tu ada sekali terlambat bangun, pergi kelas pakai 'bermuda' aje. Tiba kat stesen bas, mula terasa sejuk. 5 minit lepas tu, bila bernafas dan buka mulut je, boleh nampak 'asap' keluar.
Nak balik tukar pakaian, memang dah tak sempat. Toleh kiri dan kanan, tengok mat salleh semua pakai sweater. Pengajaran nya, kalau tinggal kat USA ni, sebelum keluar mesti kena tonton channel kaji cuaca. Tu le sebab kat USA, siap ada disediakan satu channel tv dan satu channel radio khas untuk siaran kajicuaca aje.

Mungkin cuaca kat sini ada sikit pengaruh England. Tu yang nama kawasan ni pun "Norman". Kadang kadang terasa macam kat England tapi bezanya di sini lagi banyak pokok. Orang orang tempatan kat sini peramah. Kalau bertembung, pasti mereka akan tegur kita walaupun tak kenal. Lagi satu, pejalan kaki kat sini macam VIP. Kalau nak lintas jalan tu, kereta tetap akan berhenti bagi kita lintas walaupun tempat kita lintas tu tak de "zebra crossing".

Barang barang kat sini boleh di katakan agak murah juga. Nak dapatkan ayam halal pun senang sebab dekat dengan Universiti ni ada kedai Pakistan. Dia orang siap ada jual rempah kari, asam jawa, ikin bilis, beras dan jangan jealous.. even kerepek pisang 'made in Johor' pun ada dia jual. Fuh.. punya lah happy dapat makan kerepek pisang. Dulu2 kalau kat JB, mesti singgah punya kat Ayer Hitam pergi beli kerepek pisang bersira.


Anehnya kan.. :) bila dah jauh dari negara sendiri, benda bdenda yang biasa kita senang dapat, itulah yang kita cari..

No comments:

Post a Comment