Dear Diary,
Kat sini macam biasa aje, cuma dah terasa penat dan bosan.
Banyak sangat kerja nak di buat, lebih lebih lagi hari ni ada matapelajaran memasak. Lagi lah tak ada masa nak berehat. Terkejar kejar. Keluar dari kelas french, terus nak salin baju kitchen. Dengan buku, heret uniform dan beg pisau seberat 2 kilo tu ke locker room. Siapalah yang kata hotel management ni senang? Huh..
Hari ni cuaca sejuk sangat sangat. Suhu lebih kurang -6C.
Kalau nak ganti puasa, masa ni lah time yang paling sesuai : subuh masuk pukul 7am dan maghrib pukul 4.30pm. Sekejap aje kan. Yang teruk, cuma kena tahan sejuk aje lah.
Jalan kat Strasbourg ni semua dah di pasang dengan lampu warna warni, gerai untuk jual dekorasi Xmas, wine, Toffee apple, Gingerbread coookies, pun dah di pasang. Paling teruja bila bau orang masak 'buah berangan'. Sejuk sejuk ni, makan buah berangan panas2.. nikmatnya.
Kat sini dia orang tak sebut Xmas, tapi "Noel". Menu menu kat restaurant pun dah tukar ke menu untuk Xmas. Eva beritahu yang kat Paris dah start snow. Tempat tempat lain kat France belum lagi, cuma dapat angin sejuk aje. Tengok berita tadi. Dalam sibuk2 semua orang rancang untuk cuti, untuk Xmas, ada juga orang orang yang tak bernasib baik, yang tak de rumah: setakat ni dah 8 orang mati kesejukan (frost bite).
Selain dari tu, baru bulan lepas, heboh dengan peristiwa bom. Sekarang, ramai yang tak berani nak kesian kat orang orang yang melepak kat tepi jalan. Takut kalau kalau orang tu terrorist atau orang jahat. Nasib baik kerajaan French ambil berat: sediakan tempat2 untuk beri makanan free (soup, fries, bread)untuk sesiapa aje yang tak de pekerjaan, dan juga buka stesen2 keretapi bawah tanah untuk mereka yang tak de tempat tinggal sepanjang musim salji ni. Harapan mereka: kuranglah jumlah kematian disebabkan kesejukan.
Hmm.. setiap negara ada masalah dia sendiri. Mogok masih berjalan lagi. Malah, sekarang tambah pulak dengan mogok Pejabat Pos. Ni pun tak tau lah bila semua akan selesai. Semua nya bergantung pada bila posmen nak start kerja semula. Train langsung tak bergerak. Ada tempat tempat kat France ni dah 2 minggu students dia tak ke sekolah. Punca mogok kali ni: katanya dia orang tak puas hati dengan Dasar Baru yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri diaorang. Cukai naik, cikgu kurang, gaji tak bertambah.
Ni dah masuk tahun ke tiga saya sambut Xmas kat sini.
Patutnya dah jadi macam negara sendiri aje kan. Tapi tak tau lah.. tahun ni terasa rindu nak balik ke Malaysia. Hari ni pun mood tak baik aje.. hope tak de apa apa yang tak baik berlaku kat Malaysia.
Hmm.. nanti next week, saya akan call ayah. Hati, sabarlah ye. Sikit je lagi, then boleh balik terus dan tinggalkan bumi France ni.
Apa lah tiba2 homesick. Ni mesti sebab tahun ni tak buat kerja part time. Selalu time2 Xmas, busy sebab buat part time kat restaurant "Ancienne Douane". Tapi tahun ni tak buat sebab ingat nak concentrate kat exam. Budak2 lain, tak tau lah apa program dia orang.
Hmm..Bulan tengah penuh malam ni. Langit tak de satu bintang pun kelihatan. Tak lama lagi snow lah tu. Tak tau lah macam mana nak hilangkan rasa boring ni..
"It is easy to be negative about past mistakes and unhappiness. But it is much more healing to look at ourselves and our past as part of life's experience, acceptance, and growth."
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Saturday, 18 July 2009
Hari Yang Membosankan
Labels:
* Hari Kelabu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment