133 Route De Lyon
67400 Illkirch
08/10/1995
Dear Diary,
Hmm.. baru je baik dari demam. Tak tau lah kenapa, tiba tiba je demam.
Ada orang kata kalau tiba tiba je demam, ni mesti kes demam rindu. Ye lah tu kan.. :) Sebenarnya mungkin sebab pertukaran jadual waktu.
Sejak kelas bermula 02 Oct lepas, makan pun dah tak betul. Tidur pun setakat 5 jam saja sehari. Semakin dekat dengan exam, semakin terasa masa dah suntuk. 4 bulan training kat Malaysia, banyak subjek yang nak kena revised semula. Tu yang gila gila cuba untuk cover balik masa yang terlalai tu. Tak kisah tentnag kesihatan. Dah sakit baru nak slow down.
Hari ni tiba tiba tergerak hati nak ikut budak budak ni ambil angin sekejap. Cuaca panas (22C), berbeza dengan hari hari lain yang asyik hujan memanjang. Tarik nafas..hembus.. terasa sihat sikit dan clear fikiran.
Kat sini, hari Ahad dia berbeza dari Ahad di Malaysia. Kat sini tak ada satu apa pun kedai yang buka (kecuali kedai roti 'boulangerie' dan kedai suratkhabar ' tabac'. Tu pun buka 1/2 hari sahaja.
Rumah sewa yang baru tu, belum boleh di masuk lagi. Ada je alasan pakcik tu untuk tangguh nak beri kunci dari sehari ke sehari. Minggu depan pun belum tentu lagi boleh masuk ke tidak. Sigh.. kalau ikutkan hati , nak aje sewa bilik aje kat tempat dulu. Dengan homework yang berlambak lambak dan barang masih dalam kotak, susah nak cari buku sebab tak sure kotak yang mana satu nak selongkar. 3 hari lepas, hampir hampir nak meletup. Nasib baik Azam tolong sabarkan.
Saya, Azam dan dia duduk satu bangunan. Azam share satu bilik dengan budak angin. Saya duduk kat bilik lain, Walau lain bilik, budak angin tu tak habis habis buat orang tensyen: waktu orang tengah nak study, dia kacau. Tengah tengah malam ketuk pintu bilik, ajak bual tah apa apa je. Sedangkan esok dia tahu ada kelas pagi. Sigh.. mungkin saya tak cukup sabar akhir akhir ni.. blame it on the weather.. Saya diam selagi boleh diam.. kekadang ter keluar juga sindiran tapi susah juga bila orang buat tak faham.
Hari tu dia beli computer (lebih kurang RM 5000) dan entah macam mana guna nama saya. Angin sangat. Kalau untuk belajar tak apalah. Tapi ni especially untuk main games yang bukan bukan!
Lepas cuba nak pujuk orang dengan macam macam. Lebih baik tak payah berkawan kan..
Yang buat saya terasa bukannya sebab duit tu sangat. Selama ni pun bila saya perlukan duit, saya akan buat kerja sambilan di restaurant dekat tepi sungai tu. Rasanya dalam masa 4 bulan saya boleh tolong dia selesaikan jumlah tu. Tapi yang buat terasa hati sangat ialah sebab kepercayaan. Kami cuma 4 orang saja pelajar melayu, dan kami dah kira kawan..dan dalam sesaat bila dia lakukan hal ni, hilang erti kawan. Terasa nak 'give up' sangat sangat untuk percaya kat orang.
Terasa bodoh seketika kerana sentiasa cuba untuk lihat kebaikan dalam setiap orang, cuba tak nak lihat kekurangan dalam diri kawan kawan. Tapi ini balasannya, baik dibalas dengan kejahatan. Terasa malas nak ambil tahu pasal orang lagi, terasa tak berkawan pun tak apa.
Tapi malam tadi, waktu tengah duduk sorang sorang, saya terpandang ke arah bulan kat luar tingkap. Tahu tak..tiba tiba saya terfikir tentang seseorang dan tentang apa yang dia kata dan apa yang dia lakukan semata mata untuk saya selama ni. Terasa tak patut bagi saya menghukum semua orang hanya kerana silap satu orang.Lagi pun, saya tak ada hak untuk menghukum sesiapa. Itu hak Tuhan. Lagipun ayah selalu kata, hidup ni macam roda. Hari ni budak tu buat silap, esok lusa belum tahu lagi mungkin saya akan buat kesilapan lebih teruk dari dia..
Mungkin betul juga kata orang orang tua: Tak elok banyak sangat berfikir. Cukuplah untuk hari ni. Semoga satu hari nanti andai saya terlupa diri, ada seseorang akan menegur saya waktu itu.
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Wednesday, 1 July 2009
Jati Diri
Labels:
* Hari Gelap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment