Saturday, 18 July 2009

Kesibukan

Strasbourg 23/11/1995

Dear Diary,

Sibuk dan semakin sibuk dengan tests dan kertas kerja yang nak dihantar kat lecturer. Dah tak ada masa nak keluar jalan jalan kat bandar atau pergi tengok wayang.

Pendek kata, baru sekarang ni terasa betapa lajunya masa berjalan. Pejam celik , dah waktu malam. Kerja belum siap lagi. Masa ni lah teringin nak masa tu terhenti sekejap. 24 jam sehari terasa macam tak cukup. Hmm...tapi rasanya lebih baik ada kerja dari tak tau langsung apa nak buat. Balik balik, termenung dan tengok bulan je.

Sebenarnya, dah dekat seminggu lebih terasa 'down'. Sebabnya, tak ada surat langsung yang tiba. Terasa macam semua orang dah lupakan. Tapi tadi..tuan rumah baru je bagi seikat surat. Dia kata anak dia ambil sebab suka tengok setem2 kat sampul tu. Lega sikit hati. Kat France sini, setem dia pakai sticker kertas je, beli kat mesin dan tak de gambar. Kalau nak setem biasa kena beratur kat kaunter.

Cuaca? Oo cuaca sekarang ni not bad. Suhu hari ni 5ΒΊC. Dah boleh nampak beza pada pemandangan sekeliling. Pokok pokok semua dah tak berdaun langsung dan batang2 dia semua dah berwarna hitam. Hari tu masa sedang kelas economy, dok pandang keluar tingkap. Kira berapa banyak daun gugur dari pokok birch kat sudut kanan bangunan... Udara keliling dah mula berkabus. Sekarang ni pukul 7.30 pagi, baru masuk waktu subuh. Dan pukul 5.30pm, dah gelap macam pukul 10 malam.

Cuti lambat lagi. Bulan December baru ada cuti. Tapi minggu ni dah mula terasa suasana Chritmas walaupun baru bulan November. Pokok Xmas besar (setinggi menara kawalan TM) dah pun di pasang di tengah2 bandar Strasbourg. Lampu berwarna warni pun dah di pasang di sepanjang jalan.

Kawan kawan dah start cerita pasal Christmas sales. hmm..belum fikir lagi apa nak buat waktu cuti Xmas 1 mingggu ni. Belum tau sama ada nak buat kerja part time atau nak terima jemputan sorang kawan ni untuk sambut xmas kat rumah dia. Tak kisah sebenarnya, sebab bukan "raya" kita, tapi dia oranglah dok risau, tak nak saya duduk sorang sorang.

Bas kat France time ni masih tak menentu. Lepas peristiwa bom kat stesen keretapi, sekarang sibuk cerita pasal orang baling batu kat tingkap bas dan pukul pemandu bas. Baru dua hari lepas pemandu pemandu bas buat mogok. Tak mahu bawak bas selagi gaji dia orang tak di naikkan. Dia orang kata pemandu bas ber risiko tinggi.

Issh.. terpaksa keluar lebih awal untuk ke kelas. Jalan kaki adalah lebih kurang 30 minit. Kalau tak sejuk, tak apalah. Ni tiba kat kelas, dah separuh beku. Telinga dah kebas (tak terasa apa)dan paling teruk hidung merah macam hidung clown.

Esoknya pula, tak ada kelas. Prof pulak mogok. Lusa nya, train pulak. Ni lah ,saya rasa antara negara yang rakyat nya berhak lancarkan mogok dan banyak pulak tu.

Pasal kelas kitchen, semalam oklah. Nasib baik menu dia ikan. Paling tak suka bila menu ayam. Banyak sangat cara nak potong, sumbat, nak ikat lagi..leceh. Yang paling tak suka, bila time balik, satu badan bau ayam.

Belajar buat pastry seronok. Teknik dia sebiji macam main tanah liat waktu kecik2 dulu. Bahan asas, tepung, gula, telur. Kalau kat kitchen, semua orang cepat je nak marah dan nak herdik orang (mungkin sebab kitchen panas). Time ni tak kira kawan. Semua fikir nak siap kan kerja masing masing aje.

Tapi bila time kelas pastry, semua orang lebih relax, ada masa nak gelak dan usik member member. Semalam, prof pun join sama, main baling2 tepung kat kita orang.

Pada saya, semua orang perlu ikut jalan masing masing. Yang penting kita berusaha dengan hasil titik peluh sendiri dan dengan cara yang halal. Buat sesuatu yang kita suka. Biarlah apa orang nak kata.

Saya tak kata duit tak penting (Hipokrit, kalau ada yang kata duit tak penting), tapi kena ingat. Duit bukan segala galanya. Jangan letak wang kat tempat pertama dalam list.

No comments:

Post a Comment