Wednesday, 22 July 2009

Bandar Dunkerque

Strasbourg, France.
August 1996

Dear Diary,

Hari ni dapat lagi surat dari Azam. Rajin dia menulis dan berjela juga mukasurat. :)
Dia antara yang rajin menulis dan membalas surat.

Katanya dia sedang bercuti di bandar Dunkerque. Itulah kerja adik sorang ni. Berjalan aje selagi ada cuti. Yang bestnya, dia tak lokek berkongsi pengalaman. Saya sendiri walau bertahun di France, tak pernah jejak kan kaki di Dunkerque.

Cerita Azam:
Aidahana tanya apa yang menarik kat sini? Terus terang, tak ada apa. Pas grand chose. Kerja seharian : lepak rumah Am je. Boring, boring, boring.

Dunkirk atau Dunkerque ni bandar pelabuhan kecik je yang terletak kat utara France. Ada lebih kurang 10 km saja dari sempadan Belgium.

Penduduk bandar ni ada kira kira 71300 orang mengikut bancian February 2004 (ini tak termasuk warga yang melayu) . Aktiviti memang tak banyak. Macam kawasan lengang.

Nasib baik ada pantai. Selain dari tu ada  kebun buah buahan.
Wei..Saya lawak je tu. Mana ada kebun buah buahan kat pantai. Gi semak semula buku Geografi. hehehe

Kita orang pergi mandi laut tiap tiap hari.. tapi memang tak boleh lawan mandi laut di Malaysia. Lepas mandi, kami makan aiskrim. Macam mana le nak ada badan 'six pack' kan.

Sesekali tu, bila dah boring makan masakan sendiri, kami keluar makan di restaurant. Biasalah, duduk di kawasan tepi laut, speciality dia sudah semestinya 'seafood'.  La ni,sedang musim 'moules' (kupang). Kita orang pun ada juga order pizza 'fruit de la mer'.
Tekak terasa nak makan pizza je akhir akhir ni. Tak tahulah kenapa. Lepas makan, pergi main bowling. Nasib baik le ada ramai kawan kat sini. Kalau cuma saya seorang, memang mati kutu le jawapannya.


Ada cerita best kat tv now ni. Sambung balik tulis surat sat lagi ye. Jangan merajuk. Perut sedang lapar. Kena layan dia dulu sebelum Hana.  

Itulah dia Azam. Lebih macam keluarga sendiri. Dia lah yang buat suasana jadi merah selalu..

No comments:

Post a Comment