Sunday, 19 July 2009

Berlari di Terusan


59240 Dunkerque,
France

Dear Diary,

Hari ni dapat surat dari Johan. Ingatkan siapa le yang hantar.
Dia pun terkejut juga. Katanya tulisan saya kemetot. Hehehe..lama tak dengar perkataan tu.
Tapi biasalah kan, saiz tulisan ikut tuannya.

Saat saya terima surat ni, saya sedang training di sebuah restoran terpi terusan di Petit France. Restoran ni designnya berlandaskan rumah lama, dan mempunyai balcony mengadap ke air. Cantik sangat, lebih lebih lagi dalam musim panas, bunga bunga berkembangan dihias di sepanjang balcony.

Johan dok megusik, katanya jangan pecah pinggan mangkuk kat hotel tu dah le..lebih lebih lagi atas pelanggan. Katanya lagi dalam surat dia: 'Nampak saja client yang hensem hensem tu, especially yang dok makan sorang sorang, buat buat lah terjatuhkan pinggan tu atas dia.
Lepas tu, cakap le sorry.. tak sengaja. Buat muka cute sikit. Manalah tau dapat jumpa orang jenis Richard Gere ke macam dalam movie 'Pretty Woman' tu. Baru ada class sikit. Cewah.. Bila anak cucu tanya macam mana boleh jumpa dengan 'ayah' atau 'atuk', sure gempak punya nak cerita. Kalau buat filem kat Malaysia, gerenti boleh jadi box office!


Hehehe.. bukan bukan aje dia tu. Tak habis habis nak melawak. Kerja ni termasuk dalam peratusan markah finbal exam nanti. Seribu Richard Gere pun, tak berbaloi rasanya untuk tumpahkan order atas dia. Hmm.. perkara macam tu cuma berlaku dalam movie je. :) Ini dunia realiti.

Setakat ini, alhamdulillah, semua berjalan lancar. Walaupun masih tak berjaya angkat 20 pinggan satu tangan, sekurang kurangnya dah boleh bawak 6 pinggan. Berat tau, jangan ingat mudah. Mata dah kurang sikit merah macam mata dracula. Al maklum lah dah kurang sikit study, banyak praktikal. Kurang sikit berjaga malam, baca nota.

Itu tentang kesihatan fizikal. Tentang kesihatan mental dan hati? Setakat ni, alhamdulillah masih boleh bertahan. Ramai yang kata orang orang Perancis ni romantik, tapi bagi saya, mereka sama saja macam orang kita. Mungkin ni untuk orang Strasbourg je. Kawan kawan sekelas, walau badan sebesar orang dewasa, umur dan kelakuan baru 17 -19 tahun. Mereka yang berumur 50-60 tahun, mungkin romantik tapi.. macam ulat bulu. Baik ada makna tu.. kata P Ramlee. Tak berkenan langsung. Lagipun faktor agama masih jadi pegangan penting.

Rasanya saya dah kenal Strasbourg macam belakang tapak tangan sendiri.
Bukan nya besar sangat. Apatah lagi setelah 2 tahun di sini. Suka dengan pemandangan dan banyak tempat untuk hana berlari. Setelah sehari suntuk terkurung kat kelas dan memerap dengan buku, terasa bebas bila dapat berlari kat taman bunga dan sepanjang terusan. Yang mengganggu cuma anjing: besar dan menakutkan.

Dunia ini memang luas.. untuk seorang yang kecil seperti saya..

No comments:

Post a Comment