33 Rue D'illkirch
France
Dear Diary,
Waktu ni sedang menghadapi peperiksaan terakhir di bumi Perancis. Hari ni kertas terakhir: Marketing, masa untuk praktikkan segala yang telah dipelajari dari segi pemasaran, counter offer dan menamatkan jualan dengan keuntungan. Akan terjawablah tak lama lagi sama ada usaha selama 4 tahun kat sini, telah telap dalam kepala atau sebaliknya.
Awak tahu.. malam semalam saya bermimpi bertemu ayah. Ayah seakan akan menyuruh saya pulang dengan segera. Tak pernah saya bermimpi tentang orang orang disana sebelum ni..dan apabila terjaga hati saya seakan terpanggil untuk menelefon ke Malaysia dan mendengar suara ayah. Tapi ego membuatkan saya tahankan segalanya dalam hati. Bukankah saya dah berjanji untuk habiskan periksa dahulu sebelum kembali ke tanah air?
Saya bangun perlahan lahan dari katil dan buka tingkap. Terasa angin malam sungguh menyegarkan. Malam ni ada bulan. Terang dan lebih besar dari bulan yang saya selalu lihat sewaktu di Malaysia.
Entah kenapa, fikiran asyik ke bumi Malaysia. Saya bukannya kacang yang lupakan kulit. Bukan mudah untuk di timbus sedalam dalamnya segala peristiwa pahit. Semakin ingin dilupakan, semakin kuat ianya datang ke dalam fikiran.
Malam ini pelbagai rasa mendatang. Telah terlalu banyak luka dan ianya masih belum sembuh sepenuhnya di hati. Pedihnya masih belum hilang. Tapi kenapa tiba tiba wujud rasa rindu untuk kembali ke tanahair. Sampai bila saya akan elak dari kembali, bukan? Saya sudah letih menjadi perantau di bumi orang. Hujan emas di negeri orang orang, tetap takkan sama dengan bumi sendiri..walau hujan batu yang ada di sana.
Saya akan hantar telegram ke kampung untuk beritahu yang saya akan pulang. Saya ada hantar juga telegram ke D untuk menjemput saya di airport nanti. Manalah tahu kan..tak ada ahli keluarga yang menunggu kepulangan saya. Kalau Ikin tak sibuk dengan majlis pertunangan Ikin, pasti saya akan meminta Ikin datang juga ke sana pada hari tu. Ikin jangan risau, kalau di bumi orang ini, saya boleh pergi ke utara, timur, barat dan selatan..inikan pula di tanahair sendiri.
Macam mimpi saja kan..Saya akan pulang tak lama lagi. Ayah pasti akan gembira. Saya tak tahu kenapa tapi hati seperti tak tenang saja sejak dua hari ni. Harap harap ianya cuma mainan fikiran saja.
-May 1996-
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Saturday, 18 July 2009
Pulang
Labels:
* Hari Kelabu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment