Khabar Dari Azam
Dear Diary,
Hari ni dapat surat dari Azam. Seperti biasa, tak habis habis dia nak mengusik. Katanya : Wah, wah, sejak balik Msia ni dan dah dekat dengan cik abang, Aidahana ni dah lupa ke umat umat yang sekerat kat Strasbourg ni? Ye la.. siapa lah kita orang ni, dah lah rupa ada, berharta pulak :).
Ada ada saja dia nak melawak. Sekarang, giliran Azam pulak untuk rasa seksanya jadi senior di tahun akhir. Esok dia ada test "Restaurant" dan tulat ada "Accounts" pulak. Sabar je lah, Azam. Dulu saya pun dah rasa macam tu. Ni sibuk pulak dengan cabaran zaman kerja.
Sekarang ni kat France pukul 8.40am 10 November 1996. Hari ni cuti "La Fin de guerre" atau l'Armistice. Hari ni sempena mengingati berakhirnya peperangan 1918 kat France ni. Azam kata dia lepak rumah je, tak ke mana. TV besar dia, dia dah pun jual kat jiran sebelah bilik dia. Hmm..punya lah sibuk dak Azam ni kumpul duit dulu dulu, sampai sanggup ikat perut tak makan sebab nak beli tv tu .
Kata dia dengan duit yang dia dapat jual tv besar tu, dia pergi beli hi-fi dan tv kecil sikit. Tak boleh hidup kata dia kalau tak ada 2 benda ni. Alasan dia lagi : Lagipun hi-fi lama tu dah teruk sangat.
Hi-Fi beli kat Auchan dan tv beli kat FNAC. TV baru ni jauh lebih kecil dari TV yg lama tu. Tak makan banyak ruang. So kalau dulu, atas meja besar tu cuma letak tv, sekarang ni ada speaker radio (1) dan TV. Hi-fi , duduk atas kotak. :)
Ni kandungan surat dia yang seterusnya:
Awak ingat lagi kan macam mana bentuk "cite universite" (student's hostel) kat sini? Well tiap2 tingkat ada 1 kitchen (share ramai ramai). Kitchen ni cuma ada 2 dapur gas. Kuali , periuk bahan 2 memasak , simpan sendiri2 kat bilik. Bila nak masak, baru bawa ke kitchen. Tiap2 floor ada 1 telefon (untuk terima panggilan aje) and kat hujung sebelah kiri corridor ada bilik mandi (Shower stalls ada lebih kurang 15. Yang kelakarnya bilik mandi tu share antara lelaki dan perempuan. Tu yang kadang2 tak tau lah sama ada lelaki atau perempuan yg tengah mandi kat sebelah. :) Kadang2 bila buka pintu shower aje, terkejut bila ada awek kat luar tgh tunggu nak mandi.
So, awak apa cerita? Dah mula kerja atau masih lepak lagi kat rumah? Seronok tak dah balik Msia dah ni? Banyak soalan kan.:) Jangan lupa jawab, kalau tak buat penat aje orang tulis panjang panjang ni.
Remy tgh sibuk nak siapkan rapport the stage. Hier, il etait 6 heures devant l'ordinateur. Katanya dah nak habis dah, cuma tinggal nak susun n compile the pages. L pulak tgh demam. A, awak tau tau je lah. Computer dia rosak lagi, ada virus katanya.
Entahlah awak. Moi aussi, dah terasa nak balik ke Malaysia aje.. walaupun baru setengah jalan je ambik course ni. Orang semua ingat bila ambil Hotel Management, senang : cuma masak dan serve kat restaurant aje. Yang dia orang tak tahu, betapa tensionnya 24 jam terkejar kejar nak buat sesuatu yg diaorang kat France ni dah biasa buat, tambah dgn bahasa lagi. Penat nya Tuhan saja yang tahu. Dahlah, orang yang selalu jadi mangsa, tempat nak lepaskan tension dah tak de :)
----------------------------------------------------
- Auchan : macam shopping complex untuk barang2 letrik
- FNAC : Kedai buku, majalah, comic, VCD, CD, tape. Selalunya satu building tu memang dia punya saja. Setiap tingkat ada category dia sendiri. Buku, CD, VCD, mostly in French atau di alih bahasa ke bahasa Perancis. Kalau version original (BI) lagi mahal. Lebih baik beli kat kedai 2nd hand. Yang bestnya: boleh baca berjam2 kat situ.. tak de orang marah.
- Kedai buku kat sini dipanggil "Librairie" Kalau Library, dia orang pamggil "bibliotheque"
No comments:
Post a Comment