133 Route De Lyon
67400 Illkirch
23 Oct 1995
Dear Diary,
Banyak sangat perkara yang nak diselesaikan akhir akhir ini.
Semua yang dibuat serba tak kena. Mengetap bibir untuk menahan dari menangis. Dan tak ada siapa untuk diadukan segala resah dan kesedihan ini.
Baru kali ini terasa diri benar benar diuji. Ketika ini juga baru kenal siapa kawan dan siapa lawan. Waktu mereka susah, pandai saja nak mencari saya. Sekarang bila saya betul betul perlukan mereka, semua berpaling ke arah lain. Buat buat tak tahu. Yang paling sedih, ada suara suara yang turut mengeji. Ada suara yang kata..'Siapa suruh buat macam tu, ha! pandai buat, sekarang selesaikan le sendiri'.
Tuhan.. dulu waktu saya minta pendapat mereka, semua kata yang idea saya ok. Bila saya buat dan lakukan, dan ia tak menjadi,semua larikan diri. Mungkin inilah apa yang mereka katakan hakikat kehidupan. Bila kita berada di bawah, tak ada siapa akan hulurkan tangan menarik kita semula ke atas?
Saya bukan nak meminta apa apa dari diaorang..selain dari jangan berpaling dari saya. Tolong buat macam biasa, berbual seperti biasa dan tolong buat saya tersenyum. Itu saja. Jangan menghukum saya dengan menjauhkan diri sebegini kerana saya pun manusia biasa yang mampu buat kesalahan.
Sekarang ni terasa penat sangat sangat. Memaksa diri tersenyum dan berlagak seolah olah seperti tak ada apa apa yang berlaku. Bukan sifat saya untuk jadi hipokrit. Lebih senang elakkan diri dari berjumpa mereka. Sendirian itu kadang kala lebih tenang.
Pengajaran hari ni: Jangan sesekali bercerita dengan orang lain tentang masalah sendiri. Mungkin betul kata mak...saya tidak dilahirkan dengan sekeping hati yang keras dan tabah. Airmata ini mengalir juga..
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Friday, 17 July 2009
Dalam Kesulitan
Labels:
* Hari Gelap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment