Assalamualaikum.
Terima kasih atas kiriman surat dan kad tempoh hari. Gembira rasa bila dapat tahu yang sis dah terima surat Ikin tempoh hari walaupun terlambat. Sebenarnya waktu pos surat tu tempoh hari, Janet ada datang. Dia baru balik dari Central Market. Dia cerita kat Ikin yang dia ada ternampak seseorang yang iras iras seperti sis kat sana. Masa tu, Ikin fikir sis dah pun kembali ke Malaysia dan Ikin ingat mesti surat yang Ikin pos tu akan dikembalikan semula kat Ikin sebab sis dah tak de kat sana. Nasib baik Ikin dapat hubungi sis semula. Panjangnya intro kali ni kan.
Setakat ni, Ikin sihat sihat saja (kalau tak dikira exam, tests, quiz dan assignments lah). Biasa lah kan. Kehidupan seorang pelajar, sentiasa sibuk. Sis nak tahu tak, pagi tadi ada satu kejadian yang paling memalukan berlaku. Tak tahulah kenapa dan macammana, tengah Ikin jalan nak naik tangga, tiba tiba terjatuh. Dahlah depan orang ramai kat tempat awam, lepas tu depan si dia pulak yang baru je nak mula berkenalan dengan Ikin. Malunya.. rasa nak aje lari sorokkan diri. Mungkin juga terjatuh sebab ternampak sidia tu.. entah lah sis.
Malu.. malu...dan malu. Tapi tebalkan aje muka dan teruskan aje bangun dan jalan. Bila balik semula kat bilik, baru Ikin sedar yang tangan Ikin lebam. Hmm.. rasa malu mengalahkan rasa sakit. Pelik kan...
Oh ya. Untuk pengetahuan sis, Kak N dah pun bekerja. Dia baru grad bulan Jun yang lepas dalam bidang accountancy tapi akhirnya dia pilih untuk jadi cikgu. Mungkin itu yang dia minat. Anehkan dunia ni.. kadang kadang apa yang kita cita citakan dan apa yang telah ditentukan untuk kita.
Bulan May dulu, abang Ikin masuk wad kat Hospital Besar Kuala Lumpur. Lama juga dia sakit. Dok keluar masuk 3 kali, akhirnya baru buat surgeri bulan December yang lepas. Nampak macam dah ok tapi sis tolong sekali doakan untuk dia ye.
Masa Ikin terima surat sis yang baru ni, ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum Eid. Dalam kesibukan semua orang bersiap siap nak raya ni, teringat zaman kita kat SMS dulu. Macam macam gelagat sewaktu bulan puasa. Dengan ada yang bila sujud, terus tak bangun bangun. Bila pergi dekat, laaa.. tidur rupanya. Ada juga yang punya lah semangat nak sambut Qiamulail, ber ia nak berjaga kat surau, last last dia yang tidur dulu dan tak sedar bila orang cuba kejut. Sis pulak tu, punyalah tak suka nak bangun sahur..tidur lagi penting. Tapi tahan pulak tu sampai waktu berbuka. Seronok kan sis masa tu, macam satu keluarga besar.
Lagi satu, sis ingat tak sorang kawan kita tu. Memang susah nak lupa bab ni..dia buat lawak bawak semangkuk air ke surau malam malam Lailatul Qadar, konon kononnya nak tengok air jadi beku. Katanya, ustaz cerita itu antara tanda yang malam tu memang sah Lailatul Qadar. Ikin rindu sangat kat suasana tu, sis.
Sekarang ni, suasana tu tak ada lagi walaupun hidup masih dalam kelompok pelajar. Sekarang ni semua di anggap dah dewasa, boleh berfikir sendiri. Tak ada diwajibkan untuk pergi terawih. Bergantung atas masing masing untuk pergi atau tidak ke masjid. Tak ada semangat kekeluargaan lagi. Terasa sangat betapa istimewanya Ramadhan kat SMS dulu. Walaupun kita masing masing ada perangai, idea, pemahaman, minat berlainan, yang AJK surau, yang mafia, yang kaki study, yang kaki borak masih boleh bercampur tanpa sebarang prejudis. Sama juga seperti kita, lain latarbelakang dan lain kelompok kawan..orang lain mesti tak sangka yang kita boleh berkawan rapat.
Sampai sini saja surat Ikin kali ini. Kalau ada kelapangan, pasti Ikin akan hantar surat lagi buat sis.
Jaga diri dan hati sis waktu kat sana. Bila balik semula ke tanah air, cari lah Ikin ok. Banyak cerita yang tak tertulis kat sini.
Wasalam.
Hidup bagaikan roda, ada masa dibawah, dan ada masa di atas. Ada masa suram, ada masa indah bagai warna warna pelangi
Thursday, 2 July 2009
Ramadhan Sekali Lagi
Labels:
* Hari Semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment