Tuesday, 7 July 2009

Kota Lama Prague

Illkirch, Strasbourg
France
20 March 1996

Dear Diary,

Kat sini semuanya macam biasa. Cuaca semakin elok. Tak sesejuk hari hari semalam. Hari ni ialah hari pertama musim bunga. Siang semakin panjang. Orang sekeliling dah mula tak pakai tebal tebal sangat. Boleh rasa perbezaan musim. Kalau dulu pukul 6pm dah gelap macam malam, sekarang ni pukul 7pm masih lagi terang benderang.

Ini baru je balik dari rombongan kelas. Pergi ke Prague (berdekatan Austria) selama 3 hari. Saya memang suka bandar bandar lama. Rasanya pasti ramai yang perasan dari poskad yang saya hantar banyak nya bangunan tinggalan sejarah. Cantikkan pemandangan dia. Taraf hidup Prague pun lebih rendah dari France.

So, barang barang kat sini memang murah sangat (kecuali barangan makanan : harga jauh 2 kali lebih mahal daripada France). Budak budak kelas yang lain apa lagi, sibuk borong rokok dan wine. Berkotak kotak. Rokok kat Prague tak de tulis amaran 'merokok membahayakan kesihatan'. Malah dia tulis lagi: Belilah barangan buatan Prague. hehehe

Seronok rasa ikut rombongan ni. Cuma biasalah, bila ikut rombongan, tak bebas nak tengok betul2 apa yang kita mahu. Saya duduk sebilik dengan Maria. Kami dok tunggu masa free je, kita orang cepat cepat cabut tinggalkan yang lain. Merayau dua orang dengan peta tak lekang dari tangan. Kat sini, orang Prague cuma tahu bahasa Inggeris dan German sahaja. Kami berdua pulak dah terbalik: asyik tersasul cakap bahasa Perancis. Dok gelak dan gelak.

Lepas tu, kami di bawa melawat kilang beer terbesar di Prague. Semua orang di beri minum beer sebanyak mana yang suka dan juga free sample untuk di bawa balik. Saya dapat layanan istimewa: air mineral bergas. Sebab saya tak minum wine.

Awak tahu, kat sini diaorang tak ada air putih atau air mineral biasa. Semuanya air bergas. Rasa air mineral bergas tu, tak terlarat nak telan. Pelik..mungkin macam 100+ kot. Memang tak minat air yag tak berwarna ni.

Kemudian kami pergi ke Muzium Prague.
Tentang makan, susahlah juga. Sebab dalam group tu, saya sorang je yang muslim. Nak senangkan cerita, saya katalah yang saya ni vegetarian. Dietlah selama 3 hari tu, makan sayur dan buah buahan aje.



Entah lah, tak tahu kenapa. Akhir akhir ni ada rasa macam sunyi je. Resah pun ada. Ada masa masanya tengok sesuatu, terasa nak cerita kat someone. Tapi bila toleh, tak de orang kat sebelah.

Sindrom Sunyi. Sigh..I am just being silly kan. Biasalah , ada masa masanya perasaan ni datang. Nanti hilang le tu. Hope so..sigh

No comments:

Post a Comment