Istana Impian
ValdeLoire,Chambord, France
5 July 1993
Dear Diary,
Sekarang ni saya berada di Tours, melawat Sue di sini sambil jalan jalan cari 'castle'. Dah lama teringin nak tengok 'istana' macam kat dalam cerita Sleeping Beauty atau Cinderella.
Realitinya..Castle kat sini tak sama sangat macam yang kat dalam buku cerita. Sebab buku buku cerita tu dah di adaptasi dan di manipulasi oleh USA (Hollywood). Castle kat Tours ni ada 300 semuanya dan terdiri dari pelbagai bentuk. Dulu dulu bila raja raja France berminat buat castle mereka di sini, orang orang bangsawan pun ikut trend bina castle mereka (kecil sikit dari istana raja) sebab tak mau jauh dari raja. So apa lagi, berlumba lumba lah dia orang membuat castle dan untuk kelainan mereka bina mengikut idea masing masing dari segi bentuk dan warna.
Chateau Valencay
Zaman ini, kebanyakan castle yang ada dah diambil alih oleh kerajaan dan di jadikan sebagai tempat tarikan pelancong. Sebahagian lagi yang ada di jadikan hotel dan bakinya dijadikan rumah persendirian. Cantik kan
Esok, saya akan ke Paris pula, kiranya 3 hari saya tak boleh menulis di diary ini. Suhu hari ni 14C. Ni le kerja saya, hari hari tengok kajian cuaca.
Kalau kat Msia, kawan kawan lain belajar dalam bilik air-cond, kat sini jangan harap le, sejuk teramat. Nak bagi air jadi sejuk? Sekarang ni tak payah letak dalam peti sejuk pun. Malam malam, letak saja botol air oren jus tu kat luar tingkap, esok pagi bila bangun, dapatlah 'chilled' orange juice untuk sarapan.
Buat masa ni saya tak sentuh pun air panas. Breakfast dan dinner minum air sejuk dan untuk temankan saya stay up: air 'Coke'. Best nya. Kalau Azam tahu, sure startlah ceramah dia pasal gastrik.:p
Satu lagi..Rabu hari tu, waktu kelas kitchen, saya belajar memasak arnab.
Ceh.. rasa macam nak pitam. Kami diberi seekor arnab seorang. Bulu dah dibersihkan, tapi bentuk dia masih lagi sama macam arnab dan warnanya.. merah.
Sigh..tak ada pilihan. Sebab benda ni ada dalam sukatan matapelajaran yang wajib. Lalu, dengan hati yang terpaksa dan tekak yang semakin loya, saya gigit bibir, kuatkan juga semangat untuk belajar cara cara nak memotong 'bugs bunny'.
Tamat je kelas, saya terus ke tandas..dan.. muntah. Habis semua breakfast pagi tadi keluar semula. Satu hari suntuk, saya tak nak sentuh makanan. Kunyah gula gula aje.
Asyik terbayang 'bugs bunny' kena lapah. Aduh..
No comments:
Post a Comment